Pelik! Hanya Wanita Cantik Yang Boleh Makan Percuma di Restoran Ini.

 Makan percuma? Wow, siapapun pasti mahu menikmati makanan lazat tanpa keluar wang sesen pun. Tapi sememangnya ada  restoran yang memberi perkhimatan pada pelanggannya menikmati makanan dengan percuma-?

Jawapannya ternyata ada,. Ada sebuah restoran di Zhengzhou, Henan, China yang memberikan promo makan percuma bagi para pelanggannya. Tapi tentu saja ada syaratnya.

Restoran ini punya promo unik, iaitu memberikan makanan percuma bagi siapa saja yang lULUS ujian kecantikan. Sekumpulan penguji kecantikan disiapkan secara khusus sebagai penentu layak tidaknya seseorang dianggap cantik dan dapat makan percuma.



"Pay by Face" nama promo restoran ini. Jadi, setiap pelanggan yang ingin makan percuma harus mengikuti pelbagai tahap tertentu. Pertama, pelanggan perlu mengimbas (scan) wajahnya. Lalu gambar wajah itu akan diterima oleh pasukan pemeriksa kecantikan. Dan, barulah pasukan pemeriksa memberi skor seberapa cantik pelanggan tersebut berdasarkan pelbagai kriteria khusus. Oh ya ternyata pasukan penguji ini juga bekerja sebagai pekerja di klinik PEMBEDAHAN plastik tempatan.



Nantinya, pelanggan yang masuk lima besar dengan skor tertinggi dalam tempoh 30 minit boleh menikmati makan percuma di restoran. Standard penilaian kecantikan pun disiarkan secara terbuka di tingkat dua restoran ini.



0 komentar:

Post a Comment

Blog Archive