Woong San & DJ Okawari Change The World


I wanna change the world with your love and with your soul

sarangi aniya sigeobeorin chatjan
sarangi aniya chagawojin ipsul
sarangi aniya heulleonaerin nunmul
sarangi aniya mupyojeonghan nunbit

I wanna need your love jichyeobeorin sarang
I wanna need your love meomchwobeorin simjang
I wanna need your love sarajyeogan miso
I wanna need your love

I wanna need your love, Baby can’t you hear me
No more goodbye

I wanna need your love jichyeobeorin sarang
I wanna need your love meomchwobeorin simjang
I wanna need your love sarajyeogan miso

I wanna change the world with your love

TIPS ELAK TERTIPU JUAL BELI ONLINE

Assalamualaikum semua

Allahuakbar. Memang kesian habis bila Nanie baca berita ni. Bayangkanlah duit yang dikumpul, senang-senang je orang bawak lari macam tu. Kalau Nanie pun Nanie menangis air mata darah. Tapi tu lah benda dah jadi kan... tak boleh buat apa pun.



Itulah yang Nanie paling takut dalam berurusan secara online ni. Macam-macam jenis manusia di luar sana. Macam-macam kepala dan tipu muslihat. Ada je yang nak dibuatnya untuk dapat duit cara mudah. 


PENGALAMAN DEPAN MATA

Pengalaman Nanie sendiri, kawan Nanie pernah kena tipu beli online. Masa tu tengah sibuk dengan Blackberry. Dia pun beli lah satu, guna Mudah.my. Si penjual beritahu dirinya seorang cikgu di sebuah sekolah di Kuantan. Siap offer lagi, kalau nak COD pun boleh.  Time tu harga yang ditawarkan agak murah berbanding harga pasaran. Ada diskaun lagi. Pada mulanya kawan Nanie ragu-ragu jugak, tapi bila si "Cikgu" ni kata, kalau tak percaya boleh jumpa dia di sekolahnya. Memandangkan KL-Kuantan makan 2 jam jugak,  kawan Nanie yang excited dan tak sabar ni, terus menerus bank-in pada dia petang tu. Time tu tak rasa lagi kena tipu ke apa. Sebab hari minggu kan. Dia janji akan post pada Isnin pagi. Sabar kawan Nanie tunggu. Lepas dicongak, kalau pos Isnin... paling-paling Rabu atau Khamis mesti dah sampai. 

Tup-tup.... sampai Jumaat tak dapat lagi. Hati kawan Nanie mula rasa tak sedap. Dia mesej cikgu tu mulalah sesi alasan-alasan bodoh. Battery kong lah... Handphone masuk air lah... macam-macam. 

Last-last sampai 2 minggu tak sampai. Cuba call, dah tak berjawab. Mesej tak balas. Last-last teringat yang dia cakap, dia cikgu di sebuah sekolah. Google nombor telefon sekolah dan call untuk tanya kebenaran. Sebagaimana yang dijangka.... sahlah CIKGU tu menipu!!! Takde pun cikgu nama sekian di sekolah itu! Auccch menangislah kawan Nanie di bucu katil mengenang duitnya RM 800 melayang! 

FOBIA 

Sejak dari tu lah Nanie sendiri fobia berurusan secara online. Risiko tinggi. Kadang, orang tak tipu... pihak pengeposan pulak bermasalah. Kadang semua ok, barang tak ok, rosak, barang tiruan dan macam-macam lagi. Semua serba serbi tak betul dan tak seperti dalam gambar. 

Gambar tu kan orang boleh google. Entah gambar sapa je yang diambilnya dan cakap, barang yang dijual seperti ini. Tipu! 

Antara beberapa tips yang Nanie boleh kongsi kalau nak berurusniaga secara online : 

1. Jangan mudah terpedaya dengan HARGA MURAH/DISKAUN/OFFER yang ditawarkan. Apatah lagi jika beza harga dengan harga pasaran sangat tinggi. Its like, crazy lah jual harga murah macam ni. Makin crazy murah harga yang ditawarkan, makin tinggi risikonya ye! 

2. Sekiranya melibatkan barangan gadjet, ada baiknya COD. Sebab dengan gunakan MATA KEPALA sendiri, SENTUH, PEGANG, LIHAT, BELEK dapat tentukan keaslian sesuatu gadjet dan sejauh mana condition gadget tersebut. Jangan mudah tertipu dengan "TIP TOP CONDITION", "CONDITION COMEL MACAM EMMA MAEMBONG". Ahhhh tipu!

3. JANGAN CEPAT SANGAT NAK BANK-IN. Perhatikan sikap dan gaya penjual. Cuba main tarik tali dulu. Contoh, "Sis saya bank-in pukul 2 ni ye!" Tapi korang jangan bank-in pukul 2 tu. Korang tengok, adakah selepas pukul 2 tu dia terus push korang... "Dik dah bank-in?" "Awak janji pukul 2, bila nak bank-in ye? Kalau tak saya jual pada orang lain. Ramai yang nak ni!". Berwaspada. Dari situ kita tahu yang dia sangat memerlukan duit sampai push orang dan cuba buat ugutan. Potensi penipuan besar! 

4. CUBA SELIDIK LATAR BELAKANG. Dapatkan seberapa banyak maklumat diri @ perniagaan penjual. Google, facebook, dan cuba call atau email ke. Tengok bagaimana ia beraksi. Sebab orang menipu ni mesti ada benda yang dia kantoi!

5. CARI @ TANYA DIRECT TESTIMONI. Kalau online shop yang tulen, dia akan post customer-customer yang happy dengan servisnya. Mesti ada yang dia tag kan. So cuba korang DM sendiri customer dia yang dahulu dan tanya macam mana servis & produk yang dibeli. Feedback previous customer sangat penting. Rajin sikit buat research ye! 

6. Sekiranya COD, sila pergi dengan kawan atau yang expert. Kadang dah COD pun masih nak menipu. Takut kena pukau ke apa ke... Jangan pergi sorang. Jangan jumpa di tempat sunyi. Dan jangan bawak duit lebih dari harga. Bawak cukup-cukup. Elak jumpa waktu malam. 

7. Kalau gadjet, Nanie cadangkan korang beli melalui Official Retailer brand tu. Contoh nak beli iphone, beli di Mac Store. Kadang sebab nak murah sikit, kita rugi banyak. Lebih baik berurusan dengan yang legal dan dilindungi! Lebih selamat.


Nanie harap tips ni dapat bantu. Nanie takde lah selalu beli online tapi setiap lali Nanie beli, memang Nanie cukup hati-hati. Sakit woh hati kalau duit kita kena tipu hidup-hidup! 



Siaran Langsung JDT vs Balestier Khalsa | 12 MEI 2015

SIARAN LANGSUNG JDT VS BALESTIER KHALSA FC 12 MEI 2015

Live Streaming perlawanan AFC antara pasukan JDT vs Balestier Khalsa FC akan berlangsung di Stadium Tan Sri Hj Hassan Yunus, Larkin, Johor Bahru bermula jam 8:35 malam.

Aksi pasukan Johor Darul Ta'zim menentang Balestier Khalsa FC akan disiarkan secara siaran langsung oleh ASTRO Fox Sports menerusi saluran 812 dan 832 HD.

Sementara itu, Media Prima TV9 pula akan siarkan perlawanan ini secara siaran langsung bermula jam 8:30 malam.

Live Streaming JDT vs Balestier Khalsa FC 12.5.2015 AFC



Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu online

Syarat-syarat kelayakan permohonan Rumah Kos Rendah / Mampu Milik Negeri Terengganu
  • Warganegara MALAYSIA.
  • Berumur 18 tahun sehingga 50 tahun sahaja layak memohon.
  • Berkahwin.
  • Pemohon dan pasangan belum memiliki rumah.
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima anugerah tanah daripada pihak kerajaan.
  • Pendapatan isirumah tidak melebihi RM3000 sebulan.
  • Pemohon dan pasangan dari penjawat awam gred 1 sehingga 22 sahaja layak memohon.
  • Wanita bujang berumur 35 tahun keatas layak memohon dan memiliki rumah.
  • Anggota beruniform bertugas di luar kawasan (luar Terengganu) boleh dipertimbangkan.
  • Isteri kedua/ketiga/keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan sendiri.
  • Pemohon berumur 50 tahun ke atas boleh dipertimbangkan dengan syarat:
      1. Jaminan bayaran daripada ahli keluarga terdekat atau
      2. Dengan menyediakan cagaran
      3. Bencana alam seperti kebakaran atau pengambilan balik tanah
Maklumat yang diperlukan untuk permohonan Rumah Kos Rendah / Mampu Milik Negeri Terengganu
  1. Maklumat peribadi.
  2. Maklumat terkini alamat.
  3. Maklumat pasangan.
  4. Maklumat pekerjaan dan pendapatan.
  5. Maklumat tanggungan.
  6. Perumahan / Kawasan yang ingindipohon.
Cara permohonan Rumah Kos Rendah / Mampu Milik Negeri Terengganu
  1. Membuat permohonan secara atas talian melalui http://eperumahan.terengganu.gov.my
  2. Bagi pemohon yang melepasi kelayakan akan dipanggil temuduga secara bersurat.
  3. Pemohon yang layak di peringkat temuduga akan melalui proses siasatan.
  4. Permohonan yang melepasi peringkat siasatan akan diputuskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan
  5. Pemohon akan menerima surat tawaran dan bayaran deposit perlulah dijelaskan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh penawaran.
  6. Pemohon yang telah menjelaskan bayaran deposit akan menandatangani perjanjian dan diserahkan kunci rumah

Review 3CE Lip Pigment Yang Unik & Cantik

Assalamualaikum semua

Lipstick berevolusi dengan sangat cepat. Kalau dulu, kita hanya tahu lipstick dan lipgloss sahaja kan... tapi hari ni ada macam-macam produk untuk kecantikan dan penjagaan bibir. Malahan warna lipstick juga tidak lagi terhad kepada warna merah semata-mata, malahan ada banyak lagi shades warna yang sesuai dengan tona kulit orang Asia atau orang Malaysia.

Nanie antara orang yang paling suka dengan lipstick. Kadang tu beli lipstick sebab saja-saja suka and collection lipstick memang banyak. I am a lipstick lover! Heheheh. Sepatah kata Wiida Ribbon,  "lipstick is a girl bestfriend".


Nanie diberi kesempatan untuk review 3 Concept Eyes Lip Pigment dari Maystar.my baru-baru ni. Brand 3CE ni berasal dari Korea dan baru-baru ni memasuki pasaran Malaysia. Dengan berkonsepkan solekan ala Korea, brand ini antara yang famous dan sangat mendapat sambutan.




Dari segi packagingnya memang sangat comel. Dalam bentuk tube 11g, dan kelihatan seperti saiz mini ia sebenarnya mudah di bawa kemana-mana. Mempunyai 7 warna yang semua cantik-cantik belaka, tekstur 3CE Lip Pigment agak lembut dan mudah di apply pada bibir. Warnanya memang vibrant dan pekat. Gunakan sikit sahaja dan jadi cantik dan terang. Tanpa sebarang bau, matte finishing dan tidak terlalu berminyak ia menjadikan warna-warna Lip Pigment cantik pada bibir.




Disebabkan ia datang dalam bentuk tube, maka untuk apply kena guna jari atau brush. Agak leceh jugak lah sebab bila dah guna jari sah-sahlah jari akan kotor kan. Tapi Nanie guna je apa yang ada. Nanie gunakan permukaan licin tube tersebut untuk ratakan secara kasar pada bibir. Lepas tu, Nanie just ketap-ketap je bibir and ratakan. Mudah.


Namun, ada sesuatu yang membezakan 3CE Lip Pigment dengan lipstick dari jenama lain. Nak tahu apa? Part ni paling Nanie suka sebenarnya... 3CE Lip Pigment ni boleh dicampurkan warnanya. Bila dua warna dicampur, ia akan menghasilkan satu lagi shades yang sangat cantik. Sebagai contoh, warna yang Nanie ada ni Mellow Pink + Mink Beige, akan menghasilkan warna Pink Coral. Cantik sangat! :)





Rata-rata review yang Nanie baca semua menyatakan yang 3CE Lip Pigment ni sebagai suatu produk kosmetik yang unik. Ye lah dengan beli 2 shades, boleh dapat 3 shades sebenarnya. Mudahlah untuk perempuan mix and match dengan outfit pada hari tu. Bukan tu je, ada juga review yang cuba jadikan Lip Pigment sebagai blusher. Dan katanya, ia juga sesuai sebagai blusher sebab teksturnya yang ringan dan mudah diapply. Wah!!! Kena cuba ni...



Secara keseluruhan, Nanie suka produk 3CE Lip Pigment ni. Versatility dan unik. Boleh diguna dengan pelbagai cara. Dan paling penting adalah teksturnya yang bagus menjadikan ia antara yang terbaik dalam range kosmetik negara Korea. Harga untuk 3CE Lip Pigment adalah RM 75 dan mungkin boleh bertahan 2-3 bulan *bergantung pada penggunaan*.


Korang boleh BELI 3CE Lip Pigment ni pada link - link di bawah :


Website : 

Facebook :

Instagram : 



Aizat - Langit Tetap Biru


Aizat Amdan kini tampil dengan single baharu berjudul 'Langit Tetap Biru', inspirasi dari tragedi menyayat hati bagi rakyat Malaysia pada tahun 2014. Lagu ini hasil ciptaan bersama bapa saudaranya, Khalid Mat Din dan komposer oleh Lok U.

LIRIK LAGU LANGIT TETAP BIRU - AIZAT AMDAN

Awan putih, awan gelap
Langit biru, tetap biru
Orang baru, orang lama
Dunia tetap, tetap sama

Sentiasa kita kan berubah
Tetap kita ada
Kewujudan membawa perpisahan
Terus berkekalan
Kekal di hatiku
Kekal di hatiku

Langit tetap biru

Sentiasa kita kan berubah
Tetap kita ada
Kewujudan membawa perpisahan
Terus berkekalan
Kekal di hatiku

Dan hanya tinggallah segala cerita
Tentang hebatNya
Tentang jiwaNya
Tentang hikmahNya

Awan putih, awan gelap
Langit biru, tetap biru
Orang baru, orang lama
Dunia tetap, tetap sama

Sentiasa kita kan berubah
Tetap kita ada
Kewujudan membawa perpisahan
Terus berkekalan
Kekal di hatiku

Dengar / Muat Turun : Spotify | iTunes

Telefilem Seteguh Hati Rabiatul Adawiyah


Astro akan menayangkan telefilem menarik sempena hari ibu ini berjudul 'Seteguh Hati Rabiatul Adawiyah'. Lakonan hebat Rita Rudaini, Jalil Hamid dan Zahiril Adzim. Bersiaran pada 9 Mei 2015 jam 10 malam di Astro Prima dan Astro Maya HD. 

JUDUL : SETEGUH HATI RABIATUL ADAWIYAH
TARIKH / MASA : 9 Mei 2015 (10:00 PM)
SIARAN : Astro Prima & Maya HD
PELAKON : Rita Rudaini, Jalil Hamid, Zahiril Adzim, Hirzi Jalil 

VIDEO PROMO

Sinopsis Seteguh Hati Rabiatul Adawiyah
Pengorbanan seorang ibu yang mengahwini seorang duda beranak dua dan menjadi ibu susuan kepada anak tirinya. Pelbagai dugaan dan konflik keluarga yang perlu dihadapi demi anak anaknya itu. 

Inspirasi Menghafal & Menghayati Doa Amalan Harian

Assalamualaikum semua


Amalan baca doa dalam rutin seharian kita merupakan satu amalan yang sangat terpuji. Islam memang indah dan menjadikan setiap perbuatan kita lebih indah dan lebih berkat. Dari kecik dulu memang macam-macam doa yang kita belajar. Dari zaman tadikan lagi. Dari doa makan, doa pakai baju, doa melihat cermin, doa lepas makan, doa belajar, doa masuk tandas, doa tidur, doa bangun tidur dan banyak lagi amalan yang ibu ayah serta guru kita ajar. 

Tapi kadang-kadang kita ni sekadar hafal doanya. Tak faham maknanya pun. Bila tak faham makna, kita hanya sekadar baca tapi tidak menghayati. Sedangkan kalau kita hayati dan faham makna setiap doa, Allahuakbar memang satu penyerahan diri kita bulat-bulat pada Allah. Langsung takde daya upaya kita menandingi kekuasaan Allah atas setiap perkara yang berlaku dan bakal berlaku. 




Sememagnya amalan doa ini menambah keberkatan dan memudahkan urusan kita seharian. Kita redha, kita tawakal dan beserah pada Allah dalam apa sahaja urusan kita. Dengan amalan doa macam ni secara tak langsung, diri kita tak pernah lupa pada Yang Maha Esa.



Salah seorang kawan Nanie share satu post di FB berkaitan amalan doa ni. Inisiatif beliau untuk sentiasa ingat untuk baca doa adalah dengan menampal nota comel beserta dengan maksud doanya sekali. Contohnya nak masuk tandas, nota di tampal di hadapan pintu tandas. 


Dengan cara macam ni, secara tak langsung kita mengingatkan diri kita untuk baca doa, faham doa dan hafal doa tersebut. Bayangkan kalau dalam sehari 3-4 kali kita baca doa tu. Mesti lebih mudah hafal dan faham kan. Dan ini juga boleh menarik minat kanak-kanak untuk turut hafal dan baca doa sebelum melakukan sesuatu perkara. 






Idea dan inspirasi sebegini memang sangat sweet. Sweet di sisi adab, sweet di sisi agama dan sweet disisi pandangan manusia juga. Islam mengajar penganutnya untuk jadi seorang muslim yang indah akhlaknya dan baik budi pekertinya. Dengan amalan doa ini, moga kita semua dijauhkan dari segala kejadian yang tak diingini dan moga kehidupan kita lebih diberkati dan dilindungi. Insya Allah.




Jom kita perbanyakkan amalan dengan doa harian yang mudah - mudah ni. Insya Allah rezeki juga makin bertambah, diri kita diberkati dan rutin harian kita Insya Allah diberikan ganjaran pahala. Dan paling penting, jangan sekadar hafal doa je... kena juga faham dan hayati maksudnya. Moga amalan kita diterima Allah.


Telemovie Kasih Kamelia (TV3)


Elizad Sharifuddin akan muncul untuk telemovie terbarunya berjudul 'Kasih Kamelia'. Drama ini akan ditayangkan di slot Cereka Ahad TV3 pada 10 Mei ini jam 10.30 malam. Drama sentuhan Idora Abd Rahman ini juga menampilkan pelakon lain seperti Shahrizal Jaszle, Nur Qistina Raisah dan juga Mama Norlia Ghani.

JUDUL : KASIH KAMELIA
TARIKH / MASA : 10 Mei 2015 (10:30 PM)
SIARAN : Slot Cereka Ahad TV3
PENGARAH : Idora Abd Rahman
TERBITAN : Temenggong Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Elizad Sharifuddin, Shahrizal Jaszle, Nur Qistina Raisah, Tengku Putri Najuwa, Mama Norlia Ghani

SINOPSIS KASIH KAMELIA
Kasih sayang Fatimah terhadap menantunya, Kamelia (Elizad Sharifuddin) bertukar menjadi dendam setelah dia menuduh Kamelia menjadi punca kematian dua orang anaknya malah dia merancang menculik cucu sendiri.

GAMBAR PELAKON



TIPS PILIH DESIGN LANGSIR UNTUK RAYA

Assalamualaikum semua

Cuti panjang yang lepas, dah semestinyalah Nanie balik Johor. Tambah pulak ulangtahun kelahiran Nanie termasuk sekali. Memang wajiblah berada di rumah untuk sama-sama dengan keluarga kan. Walaupun tak sambut apa-apa tapi spend masa dengan mak ayah paling syok. 

So, borak dengan mak and ayah untuk preparation kahwin  raya yang bakal menjelang. Biasanya bila nak raya ni, Nanie uruskan langsir, susun atur perabot, baju raya dan juadah raya. Ehhh semua portfolio besar-besar tu. Heheheh. Adik and akak Nanie pulak expert dalam bahagian kemas-kemas.

Tahun ni ayah cadangkan nak tukar langsir. Elehhh ayah...padahal tiap-tiap tahun tukar langsir. Jadi, disebabkan Nanie merangkap Menteri Kewangan Keluarga, Nanie pun godek-godeklah Pinterest untuk tengok design-design langsir yang lawa. Nak dapat idea kan. Nanti boleh jadi rujukan.




Haihhh kalau tengok design-design yang ada memang geram. Gabungan warna, corak dan design setiap langsir memainkan peranan penting untuk menghias rumah nampak segar, cantik dan elegan. Bagi Nanie sendiri, Nanie tak berapa suka langsir yang terlalu sarat dengan motif corak padat. Nanie lebih suka yang simple, yang clear dan terang. Pemilihan elemet-element mengikut tema rumah juga penting. Sebab ada rumah yang Nanie pernah nampak, mengetengahkan element Bali, tapi langsirnya gaya British. So tak berapa in gitu.


WARNA TEMA LANGSIR 




Warna pun penting. Nanie pernah tengok Eric Leong rancangan Deko Bersama Eric satu masa dulu kata, warna langsir boleh memberikan efek ruang yang besar. Warna-warna pastel, warna cerah selalunya menjadi warna selamat dalam menghasilkan kesan ruang besar. Manakala warna gelap seperti hitam, ungu, biru pekat menimbulkan ruang yang sedikit kecil tapi lebih eksklusif.



DAY & NIGHT CURTAIN 


Ada sesetengah rumah tak suka pada day curtain. Memanglah nampak boleh jimatkan kos kat situ kan, tapi sebenarnya day curtain sangat membantu dalam pencahayaan di waktu siang. Kalau ada day curtain, cahaya matahari luar boleh masuk ke rumah sebab day curtain adalah bersifat nipis dan warna biasanya adalah putih atau cream.


PILIHAN NANIE & KELUARGA 




Untuk tahun ni, mungkin Nanie akan pilih sesuatu yang eksklusif dan elegan. Tak berapa serabut, kekal simple tapi yang paling penting tahun ni macam ada ura-ura nak ke arah Levish English style. Tapi tengoklah macam mana. Adalah beberapa warna yang macam dah cantik je Nanie tengok. Macam sesuai je kalau letak kat ruang tamu rumah Nanie tu. Nanti Nanie update lagilah design langsir macam mana yang jadi pilihan.





Semakan keputusan UPU sesi 2015/2016 secara online

Semakan keputusan permohonan kemasukan UPU ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA sesi 2015/ 2016, Semakan kemasukan ke IPTA secara online, Semakan keputusan upu IPTA, Semakan keputusan UPU melalui SMS


Bagi calon lepasan SPM/Setaraf
  • Semakan boleh dibuat mulai 6 Mei 2015 pada jam 12:00 tengahari sehingga 5 Jun 2015
Bagi calon lepasan STPM/Setaraf
  • Semakan boleh dibuat mulai minggu kedua Ogos 2015.
Semakan kemasukan ke IPTA secara online

Semakan online boleh dibuat melalui portal rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di http://upu.moe.gov.my/.

Semakan kemasukan ke IPTA melalui SMS

Semakan secara SMS boleh dibuat bermula 12 tengahari 6 Mei 2015 sehingga 5 Jun 2015

Taipkan: UPU<jarak>RESULT<jarak>No Kad Pengenalan

Contoh: UPU  RESULT  950312015424

Hantarkan SMS ke 15888

Drama Keluarga Pontimau (TV3)


TV3 akan menyiarkan sebuah drama fiksyen terbaru berjudul 'Keluarga Pontimau'. Sebuah drama bersiri terbitan Filmscape Sdn Bhd dibawah sutradara berkaliber Khabir Bhatia. Dihasilkan dengan teknologi animasi 3D. Pelakon-pelakon juga tidak kurang hebatnya dengan menampilkan lakonan Keith Foo, Marsha Milan, Yasmin Hani dan ramai lagi. Nantikan Keluarga Pontimau akan disiarkan di slot Aksi TV3. Buat masa ini slot Aksi dihentikan seketika jadi kita tunggu tarikh siarannya.

JUDUL : KELUARGA PONTIMAU
EPISOD : 13 Episod
TARIKH / MASA :   
SIARAN : Slot Aksi TV3
PENGARAH : Khabir Bhatia
TERBITAN : Filmscape Sdn Bhd
PELAKON : Keith Foo, Marsha Milan, Yasmin Hani, Amelia Thripura Henderson,
Nurul Fatihah Ali, Sean Lee Jia Ern, Mohd Jaslin B Puasa, Jasmine Suraya Chin, Akhmal Nazri 

WATAK PELAKON
Keith Foo sebagai Eddie (harimau jadian)
Marsha Milan sebagai Elvira (pontianak)
Amelia Thripura Henderson sebagai Sabrina 
Yasmin Hani sebagai Julia 
Nurul Fatihah Ali sebagai Cik Lisa

SINOPSIS KELUARGA PONTIMAU
Mengisahkan kehidupan keluarga pontianak dan harimau jadian.

GAMBAR PELAKON









Rumah mampu milik di Scientex Pasir Gudang Park

Scientex Quatari Sdn Bhd akan membina 1,420 unit rumah mampu milik di Scientex Pasir Gudang Park di Johor.

Daripada jumlah 1,420 itu, sebanyak 873 rumah RMMJ dengan harga RM150,000 akan dibina dan sebanyak 496 lagi Rumah Komuniti Johor berharga RM80,000 akan dibina di kawasan tersebut.

Hartanah-hartanah ini akan berharga daripada RM80,000 hingga RM150,000 seunit.

Pemohon dengan pendapatan isi rumah bulanan RM5,000 dan ke bawah layak membeli rumah berharga RM80,000 seunit dan pemohon dengan pendapatan isi rumah bulanan RM8,000 dan ke bawah layak membeli rumah berharga RM150,000 seunit.

Bernama

Telemovie Yang Mana Satu (TV9)


Saksikan telemovie Yang Mana Satu sebuah drama terbitan Zeel Production. Llakonan Fattah Amin, Puteri Najuwa, dan Maria Farida. Bersiaran pada hari Isnin, 4 Mei ini pukul 8.30 malam di slot Skrin DI 9 saluran TV9.

JUDUL : YANG MANA SATU
TARIKH / MASA : 4 Mei 2015 (8.30 malam)
SIARAN : Slot Skrin Di 9 (TV9)
PENGARAH : Aizol Arsyad Putra
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Fattah Amin, Puteri Najuwa, Maria Farida, Khatijah Tan

VIDEO PROMO

SINOPSIS YANG MANA SATU 
Kehidupan Azhar (Fattah Amin) sebagai pemuda yang berwajah kacak tapi mempunyai sikap pemalas dan sambil lewa. Sikapnya itu membuatkan Puan Aminah memaksa Azhar bekerja sebagai pembantu peribadi Dato’ Khalid. Suatu hari apabila dia hampir terlanggar seorang gadis bernama Mira (Puteri Najuwa) yang sedang melintas jalan, Azhar telah terpikat dan mula berlagak seperti orang kaya dan berjaya membuatkan Mira jatuh cinta padanya. Penipuannya berakhir apabila Cik Gayah, ibu kepada Mira juga kekasihnya.


Telemovie Kapal Kertas (TV3)


Jangan lupa untuk saksikan telemovie terbaharu di saluran TV3 berjudul 'Kapal Kertas'. Sebuah drama terbitan Prokuya Studios dibawah arahan Hashim Rejab. Menampilkan lakonan hebat Azhan Rani, Diana Danielle dan adik Eunous Madeonus. Bersiaran pada hari Ahad ini, 3 Mei pukul 10.30 malam di slot Cereka Ahad TV3.

JUDUL : KAPAL KERTAS 
TARIKH / MASA : 3 Mei 2015 (10:30 PM )
SIARAN : Slot Cereka Ahad TV3
SKRIP : Areed Razman
PENGARAH : Hashim Rejab
TERBITAN : Prokuya Studios Sdn Bhd
PELAKON : Azhan Rani, Diana Danielle, Eunous Madeonus, Mak Uda, Aman Graseka, Wan Nor Azlin, Along Eyzendy, Adella Aryana

WATAK PELAKON
Azhan Rani sebagai Murshid
Diana Danielle sebagai Cikgu Aira 
Eunous Madeonus sebagai Airel
Mak Uda sebagai Nenek
Aman Graseka sebagai DatoBorhan
Wan Nor Azlin sebagai Datin Aina

SINOPSIS KAPAL KERTAS
Kisah seorang kanak-kanak bijak yang bercita-cita tinggi dan berimpian menjadi kapten kapal. Hidup bersama nenek dan bapanya yang sentiasa optimis dan positif walaupun hidup dalam serba kekurangan.

GAMBAR PELAKON










Blog Archive