Ngeri | Pekerja kuari maut dalam mesin penghancur batu


Seorang pekerja kuari maut dalam keadaan ngeri  selepas terjatuh ke dalam mesin penghancur batu di Clinton, Maryland, Amerika Syarikat.

Tragedi itu berlaku apabila tali keselamatan yang dipakai mangsa telah terbelit pada sawat penyampai di kuari.

Seramai lima orang anggota penyelamat berusaha mengeluarkan mayat mangsa yang hampir hancur di dalam mesin berkenaan.


Sumber: http://www.dailystar.co.uk/news/weird-news/438991/rock-crushing-machine-death-Clinton-Maryland

PROJEK M.E.J.A (TV9)


TV9 akan membawakan program lawak terbaharu dikenali sebagai PROJEK M.E.J.A. Rancangan komedi ini menjanjikan kelainan dengan program lawak lain yang mana setiap minggu akan tampil enam pelawak dan selebriti jemputan untuk melakukan sketsa komedi. Mereka perlu membuat jenaka untuk membuatkan pihak lawan tergelak. Sekiranya gagal, mereka bakal berdepan dengan hukuman disediakan. 


Program ini membariskan ramai komedian dan selebriti seperti Ebby Yus, Ropie Cecupak, Tauke Jambu, Achey, Shah Tapaw, Ammar Titan, Acong, Fara Fauzana, Joey Daud, Achok, Kamal Adli, Sharifah Shahira, Sherry Al Hadad, Azlee Khairi, Noorkhiriah dan ramai lagi.

PROJEK M.E.J.A (Malaysian Entertainers & Jokers Alliance) akan menemui penonton bermula 29 Julai nanti jam 8.30 malam di slot #kelakarama TV3.

Para pelawak dan selebriti yang menjayakan game show Projek M.E.J.A

L'oreal Paris Menghargai Wanita Melalui Lipstick!

Assalamualaikum semua 

Rata-rata wanita Malaysia memang suka produk-produk dari L'Oreal Paris. Baru-baru ni, L'oreal Paris meraikan dan menghargai wanita di Kempen Women of Worth bertempat di Flora Terrace, Hampshire Place. 



Mengambil tiga nama besar dalam bidang tersendiri, Nana Mahazan (Selebriti & Pengacara), Nurita Harith (Pereka Fesyen) dan Tracy Cheong (Model & Jurucakap L'Oreal Paris), tiga nama besar ini berkongsi siapakah Woman of Worth dalam hidup mereka. Selain menguruskan keluarga dan kareer mereka, sememangnya wanita-wanita ini memerlukan seseorang untuk dijadikan tempat meluahkan segalanya juga menjadi inspirasi dalam hidup mereka. 

Photo 6


Ketika diberikan penghargaan untuk memperkenalkan Woman of Worth, Nana membawa Ira Mohd Amin (Hos & Selebriti), Nurita Harith pula membawa ibu saudaranya yang telah dianggap umpama ibunya sendiri manakala Tracy membawa Karena yang juga menjadi sahabat baiknya.


Nanie pernah bekerjasama dengan Nana & Ira sebelum ni, mujur kedua-duanya masih kenal dan ingat :) 

Apa yang Nanie lihat, mereka ini semua punya 'chemistry' yang baik antara satu sama lain. Mereka faham dan menghormati prioriti masing-masing dan paling utama, mereka boleh berkongsi apa sahaja dan menjadi pembakar semangat untuk sama-sama berjaya. Sememangnya sebagai wanita, kita perlukan pelbagai sokongan moral, inspirasi dan motivasi dalam meneruskan apa sahaja yang kita lakukan. Selari dengan peranan yang kita bawa setiap hari kan, sebagai isteri, sebagai ibu, sebagai pekerja dan macam-macam lagi dalam pengurusan kehidupan.

Bukan itu sahaja, semasa majlis tersebut, L'Oreal Paris juga meraikan ulangtahun ke-30 Color Richie yang menjadi lipstick paling ikonik di dunia. Menampilkan kesemua 22 warna dalam range Color Richie, Nanie sendiri suka dengan semua koleksi warnanya. Ada merah, fushcia, merah jambu, beige dan banyak lagi yang memang sesuai dengan tona kulit setiap wanita.






Sebagai simbolik Nanie menyokong campaign Woman of Worth, Nanie telah memilih satu warna sebagai warna kesayangan Nanie. Warna yang menjadi kegemaran Nanie adalah Glamor Fuschia. Terus terang Nanie pada mulanya memang agak takut jugaklah nak guna. Sebab macam tak berapa in sangat dengan tona kulit Nanie kan. Tapi sekali dah cuba, ehhhh nampak cantik pulak. Terus suka dan selalu jugak Nanie guna. :) 



Pada Nanie, lipstick sememangnya satu ikon buat wanita. Ia merupakan lambang kepada keberanian, keyakinan dan elegant. Namun menerusi kempen ini, L'Oreal mengajak semua wanita untuk menghargai diri, menghargai orang disekeliling dan tetap mengejar impian dan kejayaan. 

Untuk Nanie, Woman of Worth Nanie semestinyalah emak Nanie sendiri. Insan yang paling banyak berjasa dalam hidup Nanie. Insan yang memanja dan menyayangi Nanie dengan sepenuhnya dan mendidik Nanie menjadi anak yang baik dan berjaya selamanya. Insya Allah.

Terima kasih L'Oreal Paris sebab beri Nanie lipstick banyak-banyak. Nanie memang suka lipstick! :)

Untuk info lebih lanjut boleh klik link-link dibawah :


Facebook :

Instagram : 




OST Dia Isteri Luar Biasa (Lagu Tema)


Lagu berjudul 'Potret' akan digunakan sebagai lagu tema untuk drama bersiri Dia Isteri Luar Biasa. Lagu ini dinyanyikan oleh kumpulan Akim & Majistret. Mari kita dengarkan. Lagu tema lain akan dikemaskini lain hari.

Jangan lupa untuk saksikan drama Dia Isteri Luar Biasa di slot Akasia TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 18 Mei 2015.



Lirik Lagu Potret - Akim & The Majistret

Terangi malam ku dengan syair indah mu
Merenung kasih dalam sepi yang terasing
Saat kau pergi, lemas ku bila tiada mu

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi

Engkau bagaikan bintang-bintang di angkasa
Hanya mampu melihat kamu yang terbiar
Walaupun sakit, walaupun pedih tak berdaya

Berjalan tenang menghampiri persisiran
Melakar namamu di sisi pasir pantai
Pastinya hilang, tidak rasaku kepadamu

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi

Jauh terbawa lukisan hatimu
Warna pelangi hiasan terindah
Hati ini tak akan terbahagi
Sampai harus ku pergi

Menuju aku kepadamu jadi satu
Meraih kasih kita

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi

Jauh terbawa lukisan hatimu
Warna pelangi hiasan terindah
Hati ini tak akan terbahagi
Sampai harus ku pergi

Download [ iTunes Spotify ] 

Telemovie Pen Merah Pen Biru


Malam ini Astro Ria akan menayangkan telemovie terbaru terbitan Suhan Movie bertajuk 'Pen Merah Pen Biru'. Gandingan pelakon Nazim Othman dan Scha Alyahya. Bersiaran pada pukul 10.00 malam tayangan serentak di Astro Ria dan Maya HD.

JUDUL : PEN MERAH PEN BIRU
TARIKH / MASA : 25 April 2015 (10 malam)
SIARAN : Astro Ria dan Maya HD
PENGARAH : Azma Aizal Yusoof
TERBITAN : Suhan Movies
PELAKON : Nazim Othman, Scha Alyahya

Sinopsis Pen Merah Pen Biru
Apakah yang akan terjadi apabila dua musuh ketat, akhirnya merancang untuk membina rumah tangga bersama-sama?

FIRDAUS (Cereka Ahad TV3)



TV3 akan menyiarkan telefilem terbaru terbitan Mache All Star United Sdn Bhd berjudul 'FIRDAUS'. Dibintangi pelakon-pelakon hebat seperti adik Danish Zakwan, Fizz Fairuz, Amar Asyraf, Amyza Aznan, Fauziah Nawi dan Boy Iman. Saksikan drama arahan Azma Aizal Yusoof pada hari Ahad ini jam 10.30 malam di slot Cereka Ahad TV3. Kisah yang pasti memberi satu pengajaran kepada semua 

JUDUL : FIRDAUS
TARIKH / MASA : 26 April 2015 (10.30 malam)
SIARAN : Slot Cereka Ahad TV3 
SKRIP : MF Kencana
PENGARAH : Azma Aizal Yusoof
PENERBIT : A Ahmadi A Rahman
TERBITAN : Mache All Star United Sdn Bhd
PELAKON : Danish Zakwan, Fizz Fairuz, Fauziah Nawi, Amyza Aznan, Amar Asyraf, Boy Iman

SINOPSIS TELEFILEM 

Mengisahkan tentang Firdaus lakonan Danish Zakwan yang sering didera oleh ayahnya, Kamarul setelah berhijrah dari kampung. Kamarul tidak meyukainya kerana mendakwa pembawa sial dan punca kematian isterinya. Hidup Kamarul juga bertambah. Dua tahun dia hilang pekerjaan dan berhempas pulas membesarkan Firdaus di rumah Zaitun (ibu mertuanya). Ketika Firdaus berusia 2 tahun, dia nekad ke Kuala Lumpur untuk mengubah hidupnya. Namun, kini sudah 8 tahun dia masih miskin tinggal di flat.

Rahmah ialah jiran kepada Kamarul. Rahmah tinggal berdua dengan adik kandungnya, Asyraf, lepasan universiti yang bekerja di pejabat. Rahmah merupakan seorang wanita psiko yang mengalami tekanan perasaan akibat kisah silamnya, didera bekas suami sehingga anak dalam kandungan gugur. Pada masa yang sama, ayah dan ibunya terlibat dalam kemalangan. Sejak itu dia bermurung, sering termenung dan adakalanya ketawa sendiri tetapi dia tidak kacau orang.

Di kawasan flat buruk itu, tidak ada sesiapa yang mahu berkawan dengan Rahmah kecuali Firdaus. Setiap kali Firdaus bermurung di depan rumah sendirian, saat itulah Rahmah menjadi temannya. Mereka sering berinteraksi emosi. Neneknya, Zaitun menyangka Firdaus telah meninggal dunia. Setelah mengetahui Firdaus masih hidup, Zaitun telah datang ke Kuala Lumpur untuk mencari Firdaus. Malangnya, Zaitun dirompak dan hanya tinggal sehelai pinggang. Kesengsaraan hidup memaksa Firdaus melarikan diri dari rumah bersama Rahmah yang mengalami tekanan mental. Apalah yang terjadi kepada Firdaus? Dapatkah Zaitun menemui cucu kesayangannya itu?

Skincare Untuk Masalah Kulit Kering

Assalamualaikum semua

Selalu jugak Nanie bagi tips dalam beberapa entry sebelum ni, untuk mendapatkan skincare regime yang sesuai dengan kulit kita, pertama sekali kita kena tahu jenis kulit kita dan apakah keperluan kulit kita. Keperluan kulit kita adakalanya berbeza. Mungkin ketika di awal usia 20-an, ia memerlukan penjagaan untuk bebas jerawat. Namun apabila menjejak akhir 20-an, keperluan kulit kita mula berubah kepada penjagaan yang berciri 'maintaining'. 

Sebagaimana orang lain, keperluan kulit Nanie juga berubah sekarang. Jika sebelum ni Nanie tidak mempunyai masalah kulit yang agak serius walaupun mempunyai combination skin, namun bila Nanie mula menghabiskan masa berada dalam air-cond, kulit Nanie mula agak kering. Oleh itu, Nanie perlu mencari skincare regime yang dapat mengembalikan kelembapan kulit wajah Nanie. 


Baru-baru ni Nanie diperkenalkan dengan regime skincare terbaru dari Korea iaitu Pure Beauty Geoaqua Ultra-Hydrating. Menurut Pure Beauty, regime skincare Geoaqua Ultra Hydrating ini diformulasi khusus buat wanita Asia dengan menggunakan teknologi Korea yang terkini.


Teknologi Geoaqua merupakan satu teknologi yang menggabungkan Onsen Water, Hydromanil Complex dengan tambahan beberapa mineral semulajadi dan ekstrak tumbuhan. Onsen Water merujuk kepada terma orang Jepun iaitu 'hot spring' yang biasanya terjadi di kawasan gunung berapi yang diketahui umum kaya dengan mineral semulajadi yang baik untuk kulit. 

salah satu sumber Onsen Water di Kepulauan Nakanoshima, Jepun.
Dengan kombinasi dua penjagaan iaitu Pure Beauty Geoaqua Ultra-Hydrating Aqua Gel dan Geoaqua Ultra-Hydrating Toner, ia membuatkan kulit kita menjadi 10 kali ganda lebih lembap dalam masa 4 minggu. Ia bukan sekadar melembapkan kulit, namun ia juga membantu meningkatkan pembaikan sel kulit baru dan menghalang penghasilan minyak pada kulit wajah. 


PURE BEAUTY GEOAQUA ULTRA-HYDRATING AQUA GEL 
RM 45/50ml 




Daripada penggunaan Nanie, PURE BEAUTY GEOAQUA ULTRA-HYDRATING AQUA GEL memberikan kesan yang bagus kepada penambahan lembapan pada kulit Nanie. Teksturnya yang lembut, ringan dan mudah menyerap membantu kulit Nanie untuk lebih elastik, lebih tegang dan lebih lembut. Tekstur gel yang tidak berminyak memberikan 'moisturising effect' yang lebih lama kepada kulit Nanie. Kelembapan yang berpanjangan sangat Nanie perlukan akibat durasi masa yang panjang berada dalam bilik berhawa dingin.



PURE BEAUTY GEOAQUA ULTRA-HYDRATING TONER 
RM 31/145ml





Bagi yang mengalami masalah kulit wajah kering, toner sangat diperlukan dalam penjagaan kulit wajah harian. Walaupun ada sesetengah kita menganggap semua jenis toner adalah sama, namun jika ada fungsi-fungsi tambahan yang bagus sudah pasti ia tidak salah untuk dicuba kan?

Penggunaan toner sebenarnya dapat memberikan beberapa kebaikan :

1. Mengecutkan liang pori yang terbuka
2. Memberikan keseimbangan pH kepada kulit wajah 
3. Memberikan lapisan perlindungan tambahan pada kulit wajah
4. Melembap dan memberikan kesegaran pada sel kulit wajah
5. Mengawal pertumbuhan rerambut halus pada wajah

Toner PURE BEAUTY GEOAQUA ULTRA-HYDRATING memberikan kesegaran yang berpanjangan pada kulit wajah. Walaupun selepas balik kerja namun dengan toner PURE BEAUTY GEOAQUA ULTRA-HYDRATING ia betul-betul jadikan kulit Nanie lebih segar, seimbang dan selamat.



Secara keseluruhan, Nanie melihat regime skincare PURE BEAUTY GEOAQUA ULTRA-HYDRATING ini sebagai satu inisiatif yang berbaloi buat mereka yang mengalami masalah kulit kering. Kelembapan pada wajah akan mendatangkan effect segar dan seterusnya membuatkan masalah-masalah kulit wajah yang lain seperti jerawat, pori terbuka dan sebagainya dijauhi.


Bagi mereka yang ingin mencuba skincare regime dari PURE BEAUTY GEOAQUA ULTRA-HYDRATING ini, korang boleh klik link di bawah atau dapatkan saja di mana-mana pasaraya Watson seluruh Malaysia. Dengan harga yang berpatutan dan kesan positif yang diberikan iaitu 10X kelembapan dalam masa 4 minggu, personally Nanie rasa ia antara skincare regime yang boleh dipercayai dan memuaskan hati! :)


Facebook Pure Beauty Malaysia : 


Dijual di Watson : 


Drama Waris Kasih (TV3)


Drama bersiri terbaru di slot Azalea bertajuk 'Waris Kasih' akan menemui penonton di TV3. Drama terbitan Temenggong Pictures itu menampilkan pelakon lama dan baru seperti Farisha Irwayu, Nisha Dirr, Johan As'ari, dan Tengku Putri Najuwa. Nantikan kemunculannya di televisyen tidak lama lagi. Sebuah drama arahan Zulhuzaimy.

JUDUL : WARIS KASIH
EPISOD : 20 episod
TARIKH / MASA :  
SIARAN : Slot Azalea TV3
SKRIP : Nazli Jaafar
IDEA ASAL : Pnut Syafinaz
PENGARAH : Zulhuzaimy Marzuki
TERBITAN : Temenggong Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Farisha Irwayu, Johan As'ari, Zamarul Hisyam, Tasha Aziz, Zain Hamid, Nisha Dirr, Rashdan Baba, Tengku Putri Najuwa, Hanafi Rahman, Bella Dowanna, Sunshine Aileen, Alia Farhani, Habiel Lutfillah, Sarah Dowanna, Haryanto Hassan, Haryanto Hassan
Nurul Fateha

WATAK PELAKON
Farisha Irwayu sebagai aleha
Johan As'ari sebagai Zamani 
Nisha Dirr sebagai Zuriati
Tasha Aziz sebagai zurina 
Tengku Putri Najuwa sebagai Atiqah
Sunshine Aileen sebagai Ira
Hanafi Rahman sebagai Fendi
Bella Dowanna sebagai Zurina

VIDEO PROMO

LAGU TEMA / OST WARIS KASIH
Tajuk : Hati Dimiliki
Penyanyi : Dewi Liana Seriestha
Komposer : Sharon Paul
Lirik : Fatin/Cheli
Video : https://youtu.be/R_8EoniEYLE

SINOPSIS DRAMA WARIS KASIH
Mengisahkan penderitaan lima beradik yang hidup dalam kesusahan. 
Turut memaparkan kisah percintaan mereka di alam dewasa.

GAMBAR PELAKON

lima adik beradik Zaleha, Zurina, Zuriati, Zairol dan Zamani
Yati bersuamikan penagih dadah dan penganggur
Hari perkahwinan

Pasangan kekasih Zamani dan Atiqah lakonan Johan As'ari Tengku Putri Najuwa

5 Sebab Kenapa Perempuan Malaysia Mahu Berkulit Cerah

Assalamualaikum semua

Nanie ada terbaca dalam satu tabloid membincangkan satu survey kenapa WANITA MALAYSIA MAHU BERKULIT CERAH? Jawapan dari survey tersebut ada betulnya pada Nanie... Nak tahu apa jawapan survey tu? 

1. Berkulit cerah itu mudah untuk match dengan apa sahaja warna pakaian
2. Wanita yang berkulit cerah kelihatan lebih comel dan lebih seksi 
3. Terpengaruh dengan gaya artis-artis Hollywood & Korea
4. Bila berkulit cerah, akan memperoleh anak-anak yang berkulit cerah juga
5. Lelaki lebih suka wanita berkulit cerah

See? Mesti ada yang membenarkan hasil survey tu kan? Secara personal, pandangan Nanie mengatakan bukan wanita Malaysia je mahu berkulit cerah malahan kebanyakan Orang Asia memang suka untuk nampak putih dan cerah. Bila putih dan cerah, senang nak bergaya katanya. Semua colour boleh masuk. Warna terang, warna pastel semua boleh in lah. Takde yang nampak too striking. 


Pasrah lah kita tak cerah! :) 
Tapi bagi yang kurang cerah, atau warna yang too-asian macam Nanie ni... jangan risau. Sebab ada juga alternatif untuk kasi korang terang atau cerah sikit. Heheheh :)


Mujur NIVEA keluarkan NIVEA Extra Whitening Skin Therapy Serum. Ada peluang lah orang macam Nanie ni nak dapat kulit cerah sikit. Walaupun tahu ia tidaklah secerah kulit anak-anak mat salleh tu, tapi at least fair and bright lah kan. 


NIVEA Extra Whitening Skin Therapy Serum ni merupakan serum badan yang pertama dengan formulasi "Broad Spectrum". Broad Spectrum ni merupakan satu perlindungan menyuluruh buat kulit kita yang mana ia membantu memperbaiki sel kulit dari dalam. Dengan SPF 33 PA+++, NIVEA Extra Whitening Skin Therapy Serum memberikan perlindugan UVA & UVB kepada kulit. Mesti ada yang confuse, apa pulak UVA & UVB ni kan? 


APA ITU UVA & UVB ?

Sinar matahari yang datang kepada kita terbahagi kepada 2 iaitu UV A dan UV B. Secara amnya, UV A boleh menyebabkan kulit menjadi tua manakala UV B menyebabkan kulit kita terbakar. Ada satu lagi sinar iaitu UV C, namun Alhamdulillah ia tidak menembusi lapisan ozon. UV C ini adalah berkali ganda bahaya kepada kulit. 

UV A akan masuk sehingga ke lapisan dermis dan menyebabkan struktur kulit menjadi kedut, tua dan tidak bermaya. Malahan ia juga boleh mengganggu sistem imunisasi badan kita. Manakala UV B membakar lapisan kulit kita dan boleh menyebabkan 'sun burn'. Sun burn ini sekiranya tidak dirawat boleh menyebabkan lebih banyak UV A menyerap ke dalam lapisan kulit dan memusnahkan pigmen kulit kita. 


10x PERLINDUNGAN 
NIVEA Extra Whitening Skin Therapy Serum


Disebabkan perkara inilah, NIVEA Extra Whitening Skin Therapy Serum diperkaya dengan 95% sumber Vitamin C asli yang menjadi anti-oksida dan memberikan kuasa 10x pemutihan dan perlindungan. Rata-rata wanita di Asia ni memiliki struktur kulit yang rosak akibat daripada pendedahan cahaya matahari yang terlalu banyak. Apatah lagi Malaysia yang beriklim tropika dan hampir setiap hari menerima cahaya matahari. Dah sah-sah kulit kita semua terjejas kan? 



Sepanjang Nanie gunakan NIVEA Extra Whitening Skin Therapy Serum ni, Nanie boleh rasakan yang kulit Nanie semakin lembut dan semakin lembap. Nanie cuba jadikan ia rutin harian. Dekat office pun Nanie letak satu supaya senang untuk Nanie gunakan. Ye lah duduk dalam air-cond lama-lama memang boleh jadikan kulit kering kan.

Kulit yang lembap amat penting terutama dalam musim panas ni. Kalau dulu maybe Nanie agak takut-takut jugak nak berpanas tapi bila ada NIVEA Extra Whitening Skin Therapy Serum, tak payah lah risau lagi. Boleh redah je panas tu. Sebab Nanie yakin NIVEA Extra Whitening Skin Therapy Serum boleh berikan perlindungan yang terbaik!

To be honest, memang dari dulu lagi NIVEA telah dipercayai ramai dalam memberikan perlindungan kepada kulit. Jangan tak tahu, kulit merupakan organ terbesar pada tubuh badan kita. Jadi, sama pentingnya seperti organ lain... kulit juga harus dijaga dan dilindungi. Siapa lagi nak lindungi kulit kita kalau bukan NIVEA Extra Whitening Skin Therapy Serum.

Untuk maklumat lanjut boleh klik link-link di bawah :

Facebook :

Harga : 
RM19.90 untuk 180ml



Drama Wadi (TV3)


Drama bersiri 'Wadi' akan menemui penonton di slot Zehra TV3 tidak lama lagi menggantikan drama Puteri Bukan Nama Sebenar. Pelakon berbakat besar, Syafie Naswip memegang watak utama dalam drama ini sebagai 'Wadi'. Sebuah drama arahan Heykal Hanifah terbitan Luqsar Kreatif. Nantikan tayangannya akan datang di TV3.

JUDUL : WADI
EPISOD : -
TARIKH / MASA : 2015
SIARAN : Slot Zehra TV3
SKRIP : Mahizan Hussain
PENGARAH : Heykal Hanifah
TERBITAN : Luqsar Kreatif Sdn Bhd
PELAKON : Syafie Naswip, Fimie Don, Ardell Aryana, Ahmad Iswazir Ismail, Naim Daniel, Lisdawati, Faezah Elai, Zamarul Hisham, Amyza Aznan, Azhan Rani, Adik Khayreena Nur Kemal, Adik Khayrisyah Kemal

WATAK PELAKON
Syafie Naswip as Wadi
Ardell Aryana as Widya
Naim Daniel as Farid
Shafieq Shazwan as Epit
Fimie Don as Azim
Lisdawati as Mahani
Faezah Elai as Cikgu Murni

SINOPSIS DRAMA WADI
Mengisahkan tentang seorang remaja iaitu Wadi yang hidup penuh dengan dugaan dan cabaran. 

Memaparkan kehidupan yang penuh dengan dendam, konflik, penderaan, buli, kasih sayang yang akan merobek emosi penonton.

 GAMBAR PELAKON

Widya lakonan Ardell Aryana yang mengambil berat terhadap Wadi



ahli keluarga Wadi yang hidup dalam kemiskinan


Rakan sekelas Wadi : Farid, Epit, Azim, Widya

Wadi dan Cikgu Murni

Doorgift Buku Doa Amalan Harian | Doorgift Surah Yasin Custom Made Design



Nama produk/barangan: 
  • Doorgift Buku Doa Amalan Harian & Surah Yasin Custom Made Design\

Butiran produk/barangan: 
  • Custom Made Buku Doa @ Surah Yasin Doorgift. 
  • Serendah RM1.35/pcs (1000 pcs).
  • Mengandungi 46 Doa Amalan Harian dan Terjemahan.
  • Custom Made Design Cover, boleh letak nama, tarikh, gambar. 
  • Terdapat lebih 80 design sedia ada yang boleh dipilih. 
  • Juga boleh request design baru ikut tema majlis anda. 
  • Kualiti Cover menggunakan 230gsm Glossy Art Card.
  • Kualiti Content menggunakan 100gsm Glossy Art paper.
  • Free Postage untuk 500 pcs ke atas.
  • Sesuai untuk majlis perkahwinan, cukur jambul, aqiqah, harijadi, reunion dan sebagainya. 

Harga produk/barangan: 
  • RM1.35/pcs untuk 1000 pcs tempahan. 

Cara berurusniaga: 
  • Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut ; Whatapps : 0127164176 
  • https://www.facebook.com/CuteCreativeCreation

Iklankan perniagaan,produk dan barangan anda disini FREE


Anda pening nak iklankan barang yang hendak dijual ? Promosi dan iklankan produk atau barangan yang ingin anda jual disini secara percuma.

Iklan anda akan dipaparkan pada satu halaman penuh (post) di blog ini. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan melengkapkan segala butiran di bawah pada ruang komen. Maklumat yang lengkap dan menarik akan di utamakan.

P/S: Peniaga yang jujur adalah keutamaan kami.

Nama produk/barangan:

Url gambar produk/barangan:

Butiran produk/barangan:  (minima 100 patah perkataan)

Harga produk/barangan:

cara berurusniaga:

Cara dihubungi:

Alamat:

Filem Darah Panas Lakonan Sharnaaz Ahmad dan Nur Fathia


Darah Panas merupakan judul filem terbaru yang akan muncul dipawagam pada 4 Jun 2015 nanti. Pelakon utamanya dibintangi Sharnaaz Ahmad, Sofi Jikan, Adam Corrie dan juga pelakon jelita Nur Fathia Abd Latiff. Dibantu juga oleh Datuk Jalaluddin Hassan, dan juga Aznah Hamid. Sebuah filem arahan Arjin Uppal hasil terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd.

Penggambaran filem aksi ini sudah lama dilakukan sekitar bulan Oktober 2012. Sebelum ini pernah timbul isu mengenai pelakon utamanya, Sharnaaz Ahmad yang dikatakan menimbulkan masalah dengan mencekik krew produksi dan juga meninggalkan lokasi penggambaran.

Filem Darah Panas mengisahkan keghairahan seorang gadis bernama Syahana mengejar cita-citanya dalam dunia peragaan. Sebaliknya berlaku apabila membawa beliau ke suatu dunia yang tidak pernah diimpikan oleh mana-mana wanita.

Syahana (Nur Fahtia) seorang gadis yang berpegang teguh pada agama ingin menjadi seorang model Muslimah kerana terpengaruh dengan video di sosial media. Tanpa berfikir panjang, Syahana terus mencari seseorang untuk membantu mencapai cita-citanya. Fandi (Sofi Jikan) seorang jejaka yang dikenalinya menerusi laman sosial, mendakwa dia boleh membantunya mencapai impian tersebut.

Syahana menyatakan hasra kepada keluarganya, namun ditentang oleh ayah dan abangnya. Syahana tetap mahu meneruskan cita-citanya, lalu mengambil keputusan melarikan diri ke Kuala Lumpur untuk menemui Fandi sendirian. Setibanya di Kuala Lumpur, Syahana mendapati dia telah diperdaya, apabila Fandi membawanya ke rumah pelacuran. Syahana tidak sangka nasibnya jadi begitu.

Cicak, ketua rumah pelacuran tersenut turut terbabit dalam sindiket dadah. Cicak membeli Syahana daripada Fandi. Adi bekerja di bawah kumpulan Cicak namun dia menghormati wanita Islam. 


Saksikan filem kelima terbitan White White Merpati Entertainment Sdn Bhd yang penuh dengan aksi dan babak mendebarkan. Akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia pada 4 Jun depan. Memaparkan pergolakan anak kota yang berlaku tanpa disedari.


Polis Wanita Berjiwa Kentar Bergelut Dengan Perompak Berparang.


Jangan pandang  remehkan kuasa wanita. Mungkin kenyataan tersebut sangat pasti menggambarkan kekuatan wanita yang satu ini. Ia berani melawan perompak bersenjata tajam dengan tangan kosong.

Seorang polis wanita di wilayah Guizhou, China digelar sebagai seorang wira setelah ia berjaya menangkap seorang perompak. Dikutip dari shanghaiist.com, dengan tangan kosong, polis wanita bernama Cao Yu tersebut melawan perompak yang membawa senjata parang. Meskipun ia mendapat lima luka dari pergaduhan yang berlangsung selama lima minit tersebut, ia tidak kelihatan gentar.

Bermula apabila tarikh 3 April lalu, Cao Yu mendekati seorang lelaki di Tashan Square di bandar Anshun. Lelaki tersebut membawa parang sepanjang 60 sentimeter. Parang tersebut, menurut pengakuannya, baru saja ia gunakan untuk merompak di tempat yang tidak jauh dari sana.




Saat Cao berusaha untuk menyoal lelaki tersebut, ia malah mendapat tikaman di leher dan bahu kirinya. Dalam keadaan terluka dan tangan kosong, Cao tetap berusaha untuk menangkap si perompak.

"Saya berusaha untuk merebut parangnya dan menunggu waktu hingga polis lain datang untuk membantu," jelas Cao. Dia pun menambah kalau masa kejadian ada banyak pelancong yang lalu disitu. Ia hanya ingin memastikan kalau tidak ada orang lain yang boleh dilukai oleh perompak tersebut.





Bernasib baik, lima minit kemudian, rakan polis Cao datang untuk membekas jenayah tersebut. "Tubuh Cao Yu berlumuran darah di mana-mana, tetapi ia tetap memegang erat jenayah tersebut," jelas salah seorang polis.

Aksi Cao Yu memang terbilang sangat nekad. Nyawanya boleh saja melayang dengan aksi tersebut.


Pelik,Di Perkampungan Ini Buaya Bersahabat dengan Manusia.


Buaya umumnya haiwan yang agresif, dan mereka tidak akan memandang siapa yang dimangsanya. Asalkan mahluk hidup yang di sisinya, ia boleh menyantapnya. Bahkan di serata dunia, kita sering mendengar buaya pemangsa manusia.

Memang itulah sifat buaya, sebagai haiwan karnivor, akan sentiasa mencari daging segar untuk disantapnya. Tetapi bagaimana jika ada buaya yang sangat bersahabat dengan manusia? Mungkinkah itu terjadi?

Ya, ternyata ada juga buaya yang sangat jinak, bahkan bersahabat dengan manusia. Buaya ini terdapat di bandar Paga. Sebuah bandar kecil di Ghana utara, terletak tepat terhadap sempadan Burkina Faso.

Ini adalah rumah bagi beberapa buaya yang paling jinak. Mereka tinggal di kolam Paga, kira-kira empat puluh empat kilometer dari Bolgatanga, ibu negara serantau, di mana mereka berenang bersama kanak-kanak, sementara ibu mereka mencuci pakaian di tepi.

Tidak ada yang pernah dianiaya oleh buaya yang satu ini. Buaya di sini sangat dihormati oleh penduduk kampung, yang percaya bahawa ia adalah jiwa setiap penduduk asal kampung yang meninggal. Mereka mendakwa bahawa, setiap tokoh penting yang meninggal, selalu diikuti oleh kematian salah satu dari buaya suci ini.

Menurut cerita rakyat tempatan, ada pemburu terjebak di kolam, sementara ia dikejar singa. Dan selepas membuat tawaran dengan buaya di kolam ini, buaya membantunya menyeberangi kolam dan melarikan diri dari singa. Pemburu membina rumah di seberang kolam dan mendirikan sebuah perkampungan.

Namun tidak ada yang benar-benar tahu, bagaimana buaya boleh berada di Paga. Kolam ini benar-benar terkurung oleh daratan lebih dari 80 tahun.

Banyak pelancong yang dengan bebas berfoto, memegang, dan berada dekat dengan buaya tanpa merasa takut dan gentar. Walaupun tidak ada yang benar-benar melembutkan hatinya.





Blog Archive