Gambar Mumia Yang Menyeramkan Yang Di Simpan Dari Abad Ke-16

The Capuchin monastery of Palermo, Italy created catacombs in the 16th century. They allowed people to keep the bodies of their loved ones preserved and on display in cases if they paid a fee. As you can see time hasn’t been kind to these bodies and they look scarier than any horror movie you’ve ever seen.
















Menarik Foto Lawak Giler -334


Salam semua pembaca blog gaban comel kali ini admin nak kongsi gambar-gambar yang pelik, aneh dan lucu untuk kita hilangkan tekanan setelah sehari suntuk kita menjalani kehidupan kita .Gambar-gambar ini dikutip di internet, untuk paparan di blog gaban comel ini untuk kita segarkan semula minda kita . Selamat menyaksikan dan selamat berhibur.






Jom Saksikan Keindahan Pelangi Dari Atas Awan Yang Mempersonakan.



Melihat pelangi kekadang membuat kita berfikir bagaimana jika dilihat dari atas? Apakah rupanya sama saja atau malah tidak ada? Melissa Rensen menunjukkan keindahan  langit 7 warna itu ketika tidak sengaja memotretnya dari dalam kapal terbang.

Melissa Rensen  mengambil gambar gumpalan awan indah saat kapal terbangnya melintasi Laut Caribbean dalam perjalanan dari Amerika Utara ke Honduras. Ia pun menghasilkan tiga tangkapan dan menyimpannya tanpa memperhatikan. Wanita berasal dari Ontario, Kanada, itu baru sedar bahawa ada urat pelangi cantik dalam foto-foto tersebut besoknya.

"Aku teruja melihat ke tingkap ada ratusan gumpalan awan seperti gula kapas. Aku memperhatikan ada bayangan di Laut Caribbean dan saya rasa itu indah sehingga kupotret," kata Melissa. "Ketika aku melihat 'pelangi' itu di foto, aku terkejut sendirian. Saya rasa aku tidak akan mendapat peluang seperti itu lagi."

"Pada mulanya saya fikir itu kerana wap dari gas buangan jet atau embun yang melekat di tingkap pesawat. Tetapi temanku yang  berkerjaya sebagai jurugambar mengatakan bahawa warnanya berada diantara awan," katanya lagi. "Baru itulah aku sedar telah memotretnya sesuatu yang istimewa."

Pelangi sendiri terjadi kerana cahaya matahari menembusi titik-titik air di udara. Kerana itulah pelangi hanya dapat dilihat dari kejauhan dan biasanya berbentuk busur meskipun ada kemungkinan lingkaran penuh.

Meskipun meyakini warna itu sebagai pelangi namun Gary Bown yang seorang ahli fotografi dari Portsmouth University mengatakannya bukan. Gary yakin itu sekadar bias cahaya matahari yang terpantul dari tanah besar ke tingkap kapal terbang.






Hotel Unik di Gua Grand Canyon Paling Sunyi dan Gelap Didunia.



Menghabiskan malam di hotel adalah perkara yang lazim dilakukan saat melancong ke sebuah tempat. Namun, bagaimana jika hotel anda tidak mempunyai penerangan dan pelbagai kemudahan mewah? Ya, di Amerika Syarikat terdapat hotel unik yang popular akan keadaannya yang begitu gelap dan sepi.

Terletak di kedalaman 230 kaki di bawah permukaan laut, hotel ini berada di Route 66, Arizona 115 batu, Gua Grand Canyon. Gua tersebut merupakan gua kering terbesar di Amerika yang dipenuhi kristal selenite.

Tidak seperti gua basah, gua ini tidak dihuni makhluk hidup. Kesan sampingan dari tidak adanya air menyebabkan udara sangat tipis dan panas sehingga tidak ada makhluk hidup yang sanggup tinggal di dalamnya selama lebih daripada 72 jam.

Dianggarkan gua tersebut terbentuk pada 335 juta tahun lalu, ketika bahagian tenggara Amerika Syarikat masih berada di bawah laut. Laman ini pun baru ditemui 90 tahun lalu.

Pada tahun 1927, seorang ahli perniagaan, Walter Peck sedang dalam perjalanan untuk permainan poker  tiba-tiba terporosok ke dalam sebuah lubang. Tidak ingin melewatkan permainan pokernya, Walter pun berjanji akan kembali ke tempat ia terporosok untuk menyiasat.

Ia pun membawa beberapa rakannya dan kemudian mengekspolrasi lubang tersebut selama berjam-jam. Walter pun terkejut saat melihat gua tersebut dipenuhi pelbagai sumber daya mineral.

Ia pun langsung melakukan perlombongan di tapak tersebut, sayang Walter yang mengira gua tersebut dipenuhi batu mineral berharga, ternyata hanya dipenuhi batu besi dan batu mineral yang tidak punya nilai jual.

Walter pun beralih mengubah usahanya tersebut menjadi tempat pelancongan. Ia mengenakan kadar kepada pengunjung yang ingin melihat pemandangan di dalam gua tersebut. Hotel ini  pun menjadi terkenal kerana adanya jalan raya Route 66, dan akhirnya ditutup saat Route 66 ditinggalkan kerana adanya jalan tol baru.

Walter bukanlah satu-satunya orang yang menyedari keistimewaan gua tersebut, pada perang dingin 1962, kerajaan Amerika Syarikat menggunakan gua tersebut sebagai tempat perlindungan.

Pelbagai keperluan untuk bertahan hidup pun disimpian ke dalamnya meliputi air, makanan dan peralatan kesihatan yang cukup untuk dua ribu orang selama dua minggu. Uniknya persediaan tersebut sampai saat ini masih boleh dimakan meski tersimpan selama 62 tahun. Hal ini dapat terjadi berkat udara kering yang mampu mengawetkan persediaan tersebut.

Menurut legenda, gua ini juga direncakanan dijadikan tempat persembunyian JFK sewaktu-waktu perang nuklear berlaku, seperti yang dilaporkan oleh laman Atlas Abscura.

Kira-kira empat tahun lalu, pengurusan Grand Canyon pun mengubah lokasi tersebut menjadi hotel Grand Canyon Caverns. Hingga saat ini banyak pelancong yang datang untuk menguji keberanian mereka menginap di bilik hotel gelap dan tersepi di dunia.





Video Lelaki Bangang Mandi Air Panas Bucket Challenge

The ice bucket challenge was one of the biggest internet sensations of all time but there was a reason that it was ice water being used. This guy however takes it to the next level and that next level probably took him straight to hospital.


          

Wanita Cantik Ini Mencari Teman Lelaki Sementara Untuk Menggelilingi China.

Gadis cantik dari Shanghai ini sedang menjalankan misi untuk mendapatkan satu teman lelaki baru di setiap bandar yang ia kunjungi di China. Pelancong berusia 19 tahun tersebut dengan nekadnya merekrut teman lelaki sementara di sosial media.

Ternyata, wanita yang tidak disebutkan namanya ini menginginkan partner untuk menemaninya keliling China dan meminta  partnernya untuk menanggung semua kos perjalanannya. "Ayoh jalan denganku: gadis kelahiran '95, gadis menarik yang merekrut teman lelaki sementara dari seluruh China untuk menjadi partner perjalananku," demikian tulisnya.

Lebih lanjut ia menerangkan bahawa dirinya tertarik untuk merekrut teman lelaki sementara untuk boleh memenuhi misinya "keliling China . Gadis yang belum mempunyai pekerjaan sendiri ini tidak ingin mendapat masalah kewangan dengan perjalanannya keliling China.

Sebagai ganti dari wang perjalanan yang dimintanya, gadis tersebut bersedia untuk melakukan perjalanan dengan kekasih sementaranya. Ia juga bersedia menghabiskan siang dan malam bersama kekasihnya.

Walaupun demikian, gadis itu rupanya cukup memilih soal teman lelaki. Ia hanya akan memilih lelaki yang tingginya lebih dari 1.75 meter, berumur di bawah 30 tahun, kaya dan tentu saja sangat dermawan untuk menjadi teman wanitanya.

Menurut media laporan tempatan, gadis ini telah berjaya melakukan perjalanan ke Wuxi, Suzhou dan Nanjing dengan tiga lelaki yang berbeza. Salah satu teman lelaki, Xiao Xiao, menolak untuk memberikan komen. Ia hanya berpesan agar masyarakat tidak menganggu impian kekasih sementaranya tersebut.

Di sisi lain, masyarakat China tentu mempertikaikan ulah gadis ini. "Gadis itu hanya mahukan sesuatu dan telah kehilangan arah moral," komen masyarakat.

Beberapa orang lain mengkhuatirkan keselamatan gadis ini kerana ia akan bermalam bersama lelaki asing. Namun sepertinya memang sukar menghentikan gadis ini.

 

Gadis Cantik Dari Vietnam Ini Jadi Viral Di Internet Kerana

Gambar seorang gadis cantik dari Vietnam yang telah disahkan menghidap Leukemia telah menjadi viral di media sosial Vietnam.

Gadis yang berusia 26 tahun mempunyai keinginan sederhana untuk menjadi seorang penari profesional tetapi itu nampaknya tidak kesampaian kerana gadis dan keluarganya tidak mampu menanggung bil-bil perubatan. Di Facebook, dia berkongsi foto-foto dirinya `sebelum dan selepas` dia mendapat penyakit yang membuatkan teman-teman dan ahli keluarganya merasa hati remuk.


Menerima rawatan di hospital




Biskut Bertemakan Filem Frozen Kelihatan Indah dan Menarik.

 Setelah tujuh bulan filem "Frozen" dikeluarkan, rupanya peminatnya di Jepun masih taksub dengan Anna, Elsa, Olaf dan Sven. Mendekati perayaan Halloween, sebuah kedai kek, Cozy Corner, menyediakan biskut manis yang dipercantik dengan hiasan bertema filem Disney itu.

Dilihat dari penampilannya, pembeli seboleh-bolehnya tidak ingin memakan biskut-biskut tersebut. Sebabnya, mereka benar-benar kelihatan indah dan menarik.

Namun tidak hanya indah, biskut-biskut itu sepertinya juga mempunyai rasa yang enak. Cozy Corner sengaja menyiapkan pelbagai menu seperti tart coklat, jelly soda, puding, dan kek green tea.

Semua sajian manis ini mula dijual di Jepun pada 1 November hingga 16 Disember. Biskut-biskut tersebut juga akan dibentangkan di dalam kotak manis yang bertemakan Frozen.

Berikut beberapa gambarBiskut-biskut yang akan dijual Cozy Corner:

 




Pelik! Kapal Terbang Ini Tanpa Tingkap Yang Pertama di Dunia.

Salah satu syarikat pesawat terbang di United Kingdom bakal membuat karbin kapal terbang baru. Centre for Process Innovation (CPI) dikhabarkan sedang merancang pesawat tanpa tingkap pertama di dunia.

Tingkap pesawat terbang masa depan ini akan digantikan dengan skrin telus yang membolehkan para penumpang melihat pemandangan di luar pesawat. Saintis dan jurutera CPI menyebutnya sebagai "Kabin tanpa tingkap".

"Hari-hari dimana penumpang hanya boleh melihat dunia melalui tingkap kecil di pesawat akan segera menjadi masa lalu. Pesawat masa depan dengan tingkap telus ini menawarkan panorama yang indah yang dapat dinikmati penumpang," kata saintis dan jurutera CPI. "Kami sedang membangunkan teknologi yang ultra-fleksibel, dengan skrin definisi tinggi untuk lapisan dinding dalaman kabin pesawat.

Saintis dan jurutera CPI akan menggunakan teknologi OLED (Organic Light Emitting Diode) untuk kabin telus itu. Teknologi tersebut boleh ditekuk dan dibentuk sedemikian rupa sesuai badan pesawat. OLED dikahbarkan dapat mengoptimumkan ruang dan mengurangkan berat pesawat.

OLED akan menawarkan penumpang untuk boleh melihat awan dari dekat saat pesawat sudah benar-benar terbang. Jika berjalan dengan baik, pesawat milik CPI ini akan disiapkan 10 tahun akan datang.

Jom saksikan video berikut ini;







Blog Archive