Keunikan Kuil Namiyoke Inar di Jepun Dibina Memperingati Sushi.

Jepun mempunyai beberapa kuil yang akan membuat kita terkedu, misalnya kuil untuk payudara atau alat kelamin lelaki. Ternyata masih ada satu lagi yang tidak kalah unik iaitu khusus untuk menghormati sushi. Ya, sushi yang dimaksudkan adalah makanan khas Jepun yang popular di seluruh dunia.

Kuil itu bernama Namiyoke Inari yang sebenarnya awalnya tidak bertujuan untuk sushi. Kuil tersebut mempunyai batu "kubur sushi" yang disebut Sushitzuka untuk ikan-ikan yang "dikorbankan" jadi makanan. Beberapa ikan yang popular jadi tambahan sushi, seperti udang atau salmon, mempunyai batu persembahan sendiri.

Letak kuil sushi itu berada di Tsukiji, Tokyo, yang merupakan pasar makanan laut terbesar di Jepun dan menjadi sumber sajian sushi dari restoran terbaik. Dalam setahun ada 700 ribu tan ikan yang lalu-lalang dijual beli di pasar Tsukiji dengan nilai 600 trilion Yen. Para pengusaha di pasar itulah yang membiayai kuil.

Penghormatan sushi ini nampaknya masih berkaitan dengan kebiasaan orang Jepun mengucapkan "itadakimasu" sebelum makan. Erti kata itu adalah "aku akan menerimanya" yang dipercayai sebagai bentuk ucapan terima kasih terhadap haiwan yang mereka makan sehingga maknanya jadi "aku akan menerima hidupmu".

Namiyoke Inari adalah kuil Shinto yang ditubuhkan sejak zaman Edo kerana kebakaran hebat Meireki pada 1657. Namanya sendiri bermaksud "perlindungan dari gelombang". Sedangkan pasar Tsukuji baru dibuka pada 1923 usai gempa Kanto dan sejak itu Namiyoke Inari menjadi kuil mereka.

 


Pelajar Perempuan di Russia Saluti Kereta Mercedesnya Dengan Kristal Swarovski.

Seorang pelajar di Rusia mempunyai kereta Mercedes CLS 350 yang seluruhnya dilapisi kristal Swarovski. Kereta bling-bling itu pun dipamerkannya di jalanan di London.

Pemilik kereta itu adalah Daria Radionova yang memarkingnya di depan Levin Hotel di Knightsbridge, London bahagian barat. Kawasan tersebut memang sudah tersohor sebagai tempat "pameran" kereta mewah milik konglomerat Arab yang bercuti ke Eropah semasa musim panas. Kerana ingin tampil beza antara Rolls Royce, Ferrari atau Lamborghini maka ia memutuskan melapisinya dengan kristal Swarovski . 


Daria membelanjarkan sebanyak US $ 30 ribu untuk melapisi Mercedes-nya itu yang dilakukan pasukan khusus di Rusia selama 2 bulan. Tapi nampaknya kos bukan masalah besar untuknya kerana ia menyimpan sekantung Swarovski di keretanya sebagai cadangan jika ada yang pencuri. Masalah mencuci juga tidak menjadi masalah menggunakan air sabun dan spans.

Daria pun senang kini keretanya menarik perhatian pejalan kaki. Perempuan berusia 21 tahun itu tidak peduli dengan pandangan iri orang lain terhadap kenderaannya. Pihak hotel juga mengaku bahawa Mercedes Swarovski itu yang paling unik diantara jajaran kereta mewah yang diletakkan di sana selama ini.

 






Collection Cosmetics: Campus Roadshow & Look Book Contest Bermula!

Assalamualaikum semua

sumber gambar: www.smallnhot.com

Perempuan mana yang tak suka make up? Nanie pun sama. Memang suka make-up stuff dan sangat suka nak attend make over session. Make over session sebenarnya secara tak langsung dapat berikan banyak tips dan tunjuk ajar dalam menaikkan seri dan personaliti diri kita. Ha, barulah confidence kan. 

sumber gambar : Ashley Yeen
Berita baik dari Collection Cosmetics Malaysia! Mana taknya, untuk pengetahuan Collection Cosmetics Malaysia akan mengadakan satu roadshow di beberapa buah IPTA yang terpilih. Roadshow ni bukan sekadar terbuka untuk student, malahan orang luar pun boleh turut sama memeriahkan roadshow ni! Pelbagai aktiviti dan goodies turut disediakan tau! Haih seronok ni dengar. Mesti tak sabar kan nak tahu tarikh-tarikhnya. 



*** Sedikit perubahan tarikh : UKM - 9 October 2014 ***

Selain itu, tujuan roadshow ini diadakan adalah bagi memperkenalkan kepada umum mengenai satu contest terkini daripada Collection Cosmetics iaitu COLLECTION LOOK BOOK CONTEST ---- (KLIK SINI)


Contest ni sangat sesuai bagi mereka yang pandai dan suka bermake up. Mudah je, apa yang korang perlu buat adalah hantar gambar #ootd dan #fotd korang menerusi aplikasi Facebook Collection Look Book mengikut tema make up yang diberikan setiap minggu. Gambar yang paling menarik dan paling ngam dengan tema pada minggu tersebut akan dipilih sebagai pemenang dan boleh bawak balik hadiah-hadiah yang sangat menarik!
                                                                                                                                                                             Photo: Addicted to Candy Crush?  Then you might stand a chance to WIN awesome prizes in the Collection LookBook contest coz Candy Crush is the look of this week! Bring out your inner makeup artist and fashion stylist, and help inspire Nelydia with your look in fun, bright colours!  Participate here: http://on.fb.me/1B9r8MR

Antara aktiviti yang disediakan : 
  • Make over dari make up artist kepada para peserta roadshow
  • Boleh try out dan bermain-main dengan produk Collection Cosmetics
  • Consultation bersama make up artist untuk mengetahui tips dan kesesuaian warna mengikut tona kulit anda
  • Boleh hantarkan Look Book entry anda untuk Contest Collection Look Book 
  • Goodies Bag menarik untuk mereka yang hantar entry Look Book  on the spot

Hamboi, Nanie dengar pun dah seronok semacam je. Rasanya memang patut semua girls student dan orang ramai ambil peluang keemasan ni untuk dapatkan seberapa banyak tips dan cuba kosmetik dari Collection ni. Oh, untuk pengetahuan harganya juga sangat berpatutan. Nanie sendiri pun memang guna dan ada koleksi beberapa produk hot mereka seperti Cream Puff Matte Finish Lip Cream, Shimmer Shades dan Lasting Perfection Concealer. 

koleksi Collection Cosmetics Nanie
sumber gambar : AverageAngeline.com
  

 

  

Jadi cepat rebut peluang keemaasan ni dan join roadshow serta Contest Collection Look Book. Mana tahu anda antara yang bertuah? Serlahkan keyakinan anda dan tampil cantik dengan Collection Cosmetics. "Own It, Work It, Love It!". Untuk maklumat lanjut, klik link di bawah : 

Facebook :

Website :

Instagram :
#CollectionLookBook   #CollectionMY 

App Look Book :




Menakjubkan! Keindahan Lukisan Diperbuat Ratusan Pil Ekstasi.

Seorang seniman di London mengejutkan orang  awam melalui karyanya di pameran  di Bear Cub Gallery, London, baru-baru ini. Sebabnya, ia menggunakan bahan terlarang untuk menyusun sebuah lukisan ceria iaitu pil ekstasi.

Seniman yang menamakan dirinya Chemical X itu memang sengaja membuat karya menggunakan pil ekstasi sesuai dengan tema yang dicanang sekarang. Mereka menggunakan tema ekstasi untuk mendalami "teman lama atau musuh yang harus ditakuti" dalam pameran kali ini. Alhasil mereka menggunakan ratusan ekstasi untuk karya berjudul "Teletubbies go to Shambala" yang memaparkan gambar burung simbol keamanan dan matahari tersenyum.

Karya kontroversi itu akan dipamerkan di The Ark mulai 26 September hingga 2 Oktober. Sebelumnya mereka pernah mengalami pembatalan saat mengadakan pameran sama pada Mei 2013 Pihak media mendapat amaran  menggunakan ratusan ekstasi yang menyalahi undang-undang.

Chemical X terkenal selepas membuat logo untuk Ministry of Sound, label rakaman dan kelab malam di London. Mereka pernah bekerjasama dengan Damien Hirst dan Banksy dalam membuat karya "The Void" yang juga mengenai ubat-ubatan.

 


Virus ulssm.exe diguna untuk godam mesin ATM

Sindiket menggodam Mesin Teler Automatik (ATM) yang dikesan baru-baru ini didapati menggunakan virus dikenali sebagai 'ulssm.exe' untuk mengeluarkan wang.

Virus tersebut akan memberi arahan untuk membuat pengeluaran wang yang masih terdapat di dalam mesin ATM yang digodam.

Penggodam membuka panel atas mesin ATM tanpa menggunakan kunci dan kemudian memasukkan satu cakera padat ke dalam pusat pemprosesan mesin itu yang kemudiannya akan 'reboot' sistem mesin ATM berkenaan.

Semakan melalui kamera litar tertutup  mendapati dua suspek dipercayai warga Amerika Latin mengeluarkan sejumlah wang secara bergilir-gilir.

Mesin ATM terbabit terletak di Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya (Affin Bank, kecurian RM303,000); Dataran Sunway (Al-Rajhi, RM285,700); Seksyen 14, Petaling Jaya (Bank Islam, RM395,850); Kota Damansara (Bank Islam, RM221,160) dan Kelana Jaya (Al-Rajhi) yang belum dapat dipastikan jumlahnya.

Sementara itu sebuah lagi bank (Al-Rajhi) di Seksyen 9, Shah Alam digodam menggunakan cara yang sama membabitkan kerugian kira-kira RM116,000.

Di Poland Terdapat Rumah Paling Sempit di Dunia.

Di Poland masih ada rumah dengan saiz luas hanya 46 meter secara keseluruhan dari tingkat atas dan bawah. Kerana saiznya yang sangat kecil, rumah tersebut di kategori menjadi bangunan Paling Sempit di Dunia. Mungkin tidak boleh dibayangkan tinggal disebuah rumah walaupun untuk satu orang saja berjalan di rumah ini tidak seluas, kerana hanya mempunyai lebar yang tidak boleh dimasuk dua orang. 

Tapi selama ini rumah ini dijadikan sebagai pejabat seorang penulis berasal dari srael, Etgar Keret. Seperti dikutip dari Daily Mail, bangunan tersempit di Dunia ini mungkin sangat jauh dari kata mewah, tapi cukup elok  dilihat dengan cat putih bersih terawat. Rumah ini hanya mempunyai sebuah bilik yang sangat selesa untuk sebuah tempat tidur khusus satu orang.

Rumah ini memang tak boleh di tinggali untuk satu keluarga, bahkan untuk mengundang teman mungkin tak boleh leih dari satu orang. Hanya ada dua menja yang sudah melekat di meja di satu sisi rumah.


 Selain itu peti ais yang tersedia hanya boleh menyimpan dua minuman ringan. Selain itu rumah ini tidak mempunyai dapur yang cukup luas untuk memasak atau menyiapkan makanan untuk para tetamu. Menurut Etgar, selama ini kita tidak perlu terlalu banyak ruang untuk menjalani hidup, sehingga bangunan kecil seperti rumahnya cukup layak dipertimbangkan untuk dijadikan sebagai rumah tinggal.
 






Fenomena Aneh Remaja China Berdating Dengan Sayur Kubis

Fenomena aneh yang sedang berlaku di China, di mana sekumpulan remaja memilih berdating dengan kubis, bahkan lebih gila lagi mereka membawa kubis untuk berjalan-jalan di tempat awam bahkan di sebuah festival tanpa ada rasa malu.

Karenah para remaja tersebut kini telah berlaku di beberapa bandar-bandar besar di China, para pakar psikiatri China mengatakan ianya cukup membimbangkan dengan sikap aneh para remaja tersebut.

Dipetik dari orange.co.uk. "Itu adalah cara mereka untuk bercakap dan berkongsi sesuatu. Dan cara aneh ini sudah terjadi di beberapa bandar besar di China, "jelas Psikiatri dari Universiti Beijing Wen Chao.




Gambar Orang Jepun Berperangai Pelik dan Aneh Part 6

Salam semua pembaca blog gaban comel kali ini admin nak kongsi gambar-gambar yang pelik, aneh dan lucu untuk kita hilangkan tekanan setelah sehari suntuk kita menjalani kehidupan kita .Gambar-gambar ini dikutip di internet, untuk paparan di blog gaban comel ini untuk kita segarkan semula minda kita . Selamat menyaksikan dan selamat berhibur.






Gambar Petugas Bandaraya Di Kejar Dengan Pisau Potong Daging


Seorang pemilik kedai berlari sambil memegang pisau dapur mengejar seorang petugas dari Chengguan (petugas bandaraya) dengan pisau dapur di jalan Foshan, wilayah Guangdong pada 23 September, 2014.

Peniaga itu sebagai pemilik kedai, enggan untuk membuang tanda-tanda iklan dan menggunakan kekerasan, kata laporan.

Polis tempatan terpaksa melepaskan tembakan amaran dan menghentikannya. Lelaki itu kemudian dibawa ke pejabat polis.

Tiada yang tercedera dilaporkan selepas peniaga itu diberi tembakan amaran



Jose Mujica - Perdana Menteri Yang Termiskin di Dunia

 Tidak semua perdana menteri suka hidup mewah dan dikelilingi pengawal peribadi. Salah satunya adalah perdana menteri Uruguay yang bernama Jose Mujica. Gaya hidupnya sangat jauh berbeza dengan perdana menteri pada umumnya.

 Selama lebih dari 30 tahun, Jose Mujica dan isterinya tinggal di sebuah rumah kecil di ladang di dekat ibu kota Montevideo dengan hanya satu bilik tidur.

 Namun, 90 peratus dari gajinya ia sumbangkan untuk amal. Maka tidak hairan dengan baki gajinya itu, ia digelar sebagai perdana menteri termiskin di dunia. Jose Mujica adalah salah satu perdana menteri yang sangat dicintai rakyatnya meskipun dasar-dasar kerap mengundang kontroversi. Beberapa dasar antara lain menghalalkan ganja, perkahwinan sesama jenis dan pengguguran. 

Untuk keselamatan, ia hanya memerlukan dua orang polis dan satu anjing berkaki tiga bernama Manuela. Sehari-harinya, ia hanya memandu kereta VW Beetle tua. Mujica mempunyai masa lalu yang menarik.

 Ia adalah bekas pimpinan kumpulan gerila pada tahun 1960-an. Untuk membiayai perjuangannya, ia tidak segan untuk merompak bank. Atas kesalahannya itu, ia pernah dipenjara selama 13 tahun sebelum akhirnya dibebaskan pada 1985 selepas mendapat pengampunan.

 Mujica juga dikenali sebagai orang yang selalu bicara terus terang. Dalam ucapannya semasa persidangan Rio +20 pada 2012, ia secara terang-terangan melakukan kritik pedas terhadap konsumerisme. Pidato yang dimuat naik di Youtube itu ditonton oleh lebih dari 3 juta orang. 

Meskipun demikan, Mujika tidak mahu disebut sebagai orang miskin atau perdana menteri miskin. Miskin menurutnya adalah mereka yang bekerja keras hanya untuk mempertahankan gaya hidup mewah. Selalu menginginkan lebih dan lebih.





Blog Archive