Buffet Ramadhan Selera Nusantara @ KLGCC

Assalamualaikum semua

Dah masuk hari kedua kita menjalankan ibadah berpuasa. Alhamdulillah, setakat ni cuaca nampaknya belum terik sangat. Nanie dah draft entry ni lama, tapi asyik terlupa je nak publish. Jadi, demi menghormati semua, Nanie publish sebelah malam ye. 

  

Bagi mereka yang mencari-cari juadah ala Nusantara, apa kata korang boleh datang ke Kuala Lumpur Golf & Country Club. Untuk tahun ni, KLGCC membawa kelainan dengan membawa masuk 40 gerai dengan lebih 270 hidangan untuk berbuka puasa. Banyak kan pilihannya? 

Ketua Chef untuk Ramadhan Buffet : Selera Nusantara 

Sepanjang Ramadhan, kumpulan nyanyian lagu asli akan membuat persembahan. 

Menurut KLGCC, apa yang menarik kesemua juadah Selera Nusantara yang diketengahkan adalah menggunakan resipi original dari negara itu sendiri. KLGCC menghantar chef-chef mereka ke kawasan tersebut dan belajar sendiri cara memasaknya dengan betul. Jadi, dah tentulah rasa authentic juadah tu boleh dikekalkan!

Gear Box yang menyelerakan


Menurut Ketua Chef, hampir kesemua juadah Nusantara ini menggunakan bahan-bahan asal mereka yang diimport khas dari kepulauan Nusantara itu sendiri bagi mengekalkan rasa asli mereka. Kesemua chef pula dilatih dan memang enak-enak air tangan mereka ni tau. 



Seperkara yang Nanie rasa menarik dan hanya ada di KLGCC, mereka ini rupanya terkenal dengan satu juadah iaitu Lidah Bakar. Mula-mula memanglah dengar nama tu pun pelik kan. Lagi pulak, Nanie bukannya jenis makan organ dalaman. 



Tapi, setelah dipujuk-pujuk oleh Chef, Nanie cubalah rasa Lidah Bakar tu. Perghhhhhhhhhhhhh!!!!! Rupanya, takde langsung rasa pelik. Rasa macam daging panggang yang dihiris-hiris nipis dan dicicah air asam! Sedap woh!





Nanie rasa, juadah Nusantara sebegini ada peminatnya tersendiri. Bila bulan puasa ni kan, macam-macam jugak kadang tekak kita ni megidam nak makan. Jadi, apa salahnya cuba dan nikmati makanan ala-Nusantara yang memang terbaik dan asli ni. Terima kasih banyak-banyak pada KLGCC kerana sudi menjemput Nanie untuk Buffet Ramadhan ni.

Segala maklumat & harga ada di banner di bawah dan klik link untuk info :



Alamat & Telefon : 

10 Jalan 1/70D, Bukit Kiara, 60000 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
+60 3-2093 1111

Website : 

Facebook :




Jom Lihat Gambar Instagram Artis Antarabangsa Tanpa Mekup

Artis Antarabangsa Tanpa Mekup Di Instagram Mereka












Inilah Sungai Paling Menyeramkan Dan Yang Paling Kotor Di Dunia

Sungai Ganges ialah Sungai yang dianggap paling suci oleh penganut Agama Hindu.

Setiap hari ribuan orang datang untuk mandi didalam sungai ini bagi menyucikan diri mereka dari dosa. Setiap hari juga ratusan mayat dibakar di tebing dan debunya ditaburkan ke dalam Sungai.

Menurut kepercayaan masyarakat Hindu, sungai sepanjang 2,510 km ini adalah penjelmaan Dewi Gangga. Sekiranya penganut hindu ingin mencapai TAHAP Moksha, iaitu Kebebasan dari Dilahirkan semula kedunia (seumpama Nirvana dalam ajaran Buddha), mereka perlu menaburkan debu mereka ke dalam Sungai Ganges dalam upacara Asthi Visarjan.

Debu Gandhi dan George Harrison adalah antara debu yang pernah ditaburkan kedalam sungai ini.

Mayat bergelimpangan di Sungai Ganges.

Gambar-gambar diatas menunjukan bagaimana sungai yang di anggap suci oleh bangsa hindu, penuh dengan mayat-mayat membusuk yang terapung dan terdampar tebing sungai, bagi bangsa lain, ini sangat jijik dan mengerikan..

























Blog Archive