11 Banggunan Berbentuk Aneh Dan Unik

Semakin berkembangnya teknologi dan ilmu pengetahuan, banyak pereka bangunan yang mereka bentuk bangunan dengan bentuk yang cukup unik. Dilihat lama kelamaan pun mungkin anda akan takjub. Contohnya perpustakaan yang berbentuk buku.

Pasti ini sangat unik, kerana memang perpustakaan adalah tempat 'simpanan' buku. Dipetik dari boredpanda.com, ada 11 bangunan unik yang boleh membuat anda tersenyum atau malah kagum.










Lagu Tema Piala Dunia 2014


Fifa dan Sony Music telahpun mengeluarkan Lagu rasmi untuk kejohanan bolasepak Piala Dunia 2014 berjudul We Are One (Ole Ola). Lagu ini dinyanyikan oleh Pitbull, Jeniffer Lopez dan Claudia Leitte.





LIRIK LAGU  akan dikemaskini

Jalan Paling Indah Di Dunia Dipenuhi Pokok Menghijau

Di Brazil, sebatang jalan, 'RuaGonçalo de Carvalho' dikatakan sebagai jalan paling indah di dunia. Jalan itu terletak di Porto Alegre, Rio Grande do Sul adalah sebuah jalan lurus sepanjang 500 meter yang diapit oleh pokok tipuana tinggi yang indah, membentuk kanopi besar yang hampir seperti terowong hijau besar.

Gelaran tersebut bukan hanya kerana keindahan visual yang menakjubkan, tetapi juga kerana telah ditanam dan dijaga oleh penduduk kota dengan penuh cinta. Pohon-pohon tipuana ditanam pada tahun 1930 oleh para pekerja Jerman berhampiran kilang. Selama bertahun-tahun, mereka telah membesar dan meninggi yang luar biasa hingga mencapai tingkat 7 bangunan yang berdekatan.

Pada tahun 2005, pusat membeli-belah baru dirancang akan dibina dan mengancam kewujudan pokok tersebut. Penduduk tempatan bangkit dan berkempen untuk pemeliharaan pokok. Kempen tersebut berjaya, dan kerajaan campur tangan untuk melindungi jalan, menyatakan bahawa itu warisan sejarah, budaya, dan alam bandar.






Lelaki Selambe Jalan Dengan Pisau Terpacak Di Kepala

Jilin , China - Seorang lelaki berjalan dengan pisau terpacak di kepala tentu merupakan pemandangan yang mengerikan. Tapi apabila lelaki yang terpacak pisau itu masih boleh berjalan santai ke hospital untuk mencari pertolongan , anda pasti akan bertanya -tanya apakah itu peristiwa sebenar atau hanya jenaka.

Ho Lung yang masih boleh bersikap tenang walaupun ada pisau sepanjang 25 cm yang menikam kepalanya. Sesampainya di hospital, Ho Lung masih dengan santai meminta pertolongan doktor . "Tolong , saya ingin jumpa doktor ," katanya seperti dipetik dari Mirror.

Melihat Ho Lung yang begitu tenang , mulanya petugas di salah satu hospital di Jilin , China , tidak yakin lelaki itu benar -benar ditimpa musibah. Hingga akhirnya petugas memeriksa dan mengamati luka dan pisau yang masih terpacak di kepala Ho Lung , dan memastikan bahawa luka tersebut boleh mengacam nyawa Ho Lung .

Pemeriksaan sinar - X menunjukkan pisau telah menembusi tengkorak dan otak Ho Lung , namun tidak mengenai pembuluh darah utama. Doktor pun melakukan pembedahan selama tiga jam untuk mengeluarkan pisau itu sepenuhnya tanpa menyebabkan kerosakan anggota tubuh yang ketara. Selesai mendapat rawatan , lelaki itu lantas bertanya apakah dirinya sudah dibenarkan pulang.

Ketika ditanya doktor apa yang telah menyebabkan pisau bersarang di tengkoraknya , lelaki itu menolak memberikan butiran. "Jadi seperti ini, saya sedang bermain dengan kawan saya, dan terjadi kemalangan hingga pisau tertikam di kepala. Ini cuma kesilapan bodoh yang boleh berlaku pada sesiapa ," katanya.

Pada akhirnya doktor bersetuju untuk membenarkan orang itu meninggalkan hospital  bersama dengan pisau, selepas lukanya selesai dibalut. Kepada pegawai perubatan Ho Lung berjanji akan datang kembali untuk check -up.

Koleksi Gambar Lawak - 356

koleksi gambar lawak










Kuda Berbulu Emas Semakin Pupus

Kuda berbulu emas, namanya akhal-Teke, jenis kuda keturunan (breeding) dari Turkmenistan. Selain berpenampilan penuh kemilau seperti emas, kuda jenis ini juga dikenali ,pantas,serta punya daya tahan hebat untuk lebihan berat.

Dikatakan akhal-Teke jumlahnya hanya semakin berkurangan. Kuda yang juga jadi lambang negara Turkmenistan ini menurut wikipedia hanya tinggal kir-kira 3500 ekor di serata dunia.

Banyak pendapat mengenai asal-usul 'kuda emas' ini. Salah satu teori menyebut bahawa akhal-Teke sudah ada sejak ribuan tahun lalu namun disembunyikan oleh suku terpencil di padang pasir Kara Kum. Namun ada pula yang mendakwa bahawa kuda jenis ini sudah digunakan ketika bangsa Mongol jadi penguasa dunia di abad ketiga belas dan keempat belas.

Sebagai bangsa unggul, akhal-Teke terus dikacuk dengan baka lain agar keturunan baru dan tidak pupus. Kuda emas ini sudah terbukti sangat tangkas dan sering dijadikan kuda pertandingan. Prestasinya tercatat pada Grand Prix de Dressage di Sukan Olimpik 1960 di Rom, serta Sukan Olimpik 1964, serta membantu pasukan Soviet meraih pingat emas pada Sukan Olimpik 1968 di Mexico City.

Jom Lihat Sejata Buatan Tangan Pejuang Syria

Konflik di Syria adalah perang saudara yang seolah-olah tidak berkesudahan. Beberapa kumpulan pejuang di seluruh negara. Para pepejuang menggunakan senjata perang yang dibina dari rumah , pelancar roket terhadap pesawat tentera, meriam dan kereta kebal. Membina senjata anti-pesawat, kereta perisai dibuat dalam bengkel-bengkel kecil, bahan letupan buatan tangan, bom tangan yang  dilontarkan dengan menggunakan lastik besar.

Lihat gambar di bawah.




































Blog Archive