Sadis:Kekejaman Manusia Terhadap Ikan Dolfin..

 Setiap tahun di Kepulauan Faroe, Denmark akan diadakan upacara kekejaman Manusia terhadap haiwan..Penduduk di kepulauan ini akan mengalu perayaan dimana anak-anak muda atau Remaja akan membunuh ikan-ikan lumba-lumba (ikan Dolfin) sebagai satu simbolik mereka menuju ke alam kedewasaan. ikan-ikan Dolphin ini akan dicangkuk bertubi-tubi dengan cangkuk yang Tajam sehingga ia mati.
Jadi rupanya macam ni sesetengah Manusia menunjukkan cara mereka Matang dan menjadi dewasa.






Kehebatan Seni Fotografi...








Bayaran BR1M 2.0 dibuat mulai Februari 2013


Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) akan dilaksanakan bermula Februari depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata bantuan BR1M 2.0 yang melibatkan peruntukan RM3 bilion itu dijangka memberi manfaat kepada seramai 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata ketua isi rumah yang tercicir dari senarai penerima BR1M yang lepas atau belum pernah memohon masih berpeluang berbuat demikian.
Beliau berkata sebanyak 2,684,916 permohonan baharu untuk BR1M 2.0 (BR1M) telah diterima sehingga hari ini di mana ia melibatkan 1,823,039 individu bujang manakala baki 861,877 diterima daripada isi rumah (keluarga).

"Kerajaan menggalakkan lebih ramai individu bujang memohon untuk mendapatkan BR1M 2.0. Pendaftaran akan terus dibuka sehingga satu tarikh yang diumumkan kelak," katanya.

Tahun lepas, seramai 4.2 juta penerima mendapat manfaat daripada BR1M, dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.1 bilion.

Taman Yang Menakutkan.. Pie Wat Rong Woowa

Ingin melihat sesuatu yang luar biasa?Anda boleh berkunjung ke negara jiran sebelah utara tanah air,yaitu Thailand. Anda boleh bekunjung ke taman yang menakutkan dan mungkin seram , taman yang tidak pernah anda lihat.Tempat ini adalah di wilayah Suphan Buri. Nama Taman Menakutkan Pie Wat Rong Woowa วัด ไผ่ โรง วัว.taman yang di hiasi berbagai bentuk jenis patung yang di kenakan hukuman seperti keadaan di dalam neraka.
















"Crazy Horse" Monument Muka Manusia Di Puncak Gunung

 Hampir setiap pagi selama lebih daripada setengah abad,Ruth Ziolkowski yang berusia 85-tahun  naik sekitar subuh,  beliau telah bekerja di Crazy Horse monument asli Amerika di Black Hills South Dakota, di mana beliau mengetuai usaha untuk mengukir batuan  gunung.








Johor DT Belum Tunjuk Kemampuan Sebenar - TMJ


Kegagalan pasukan Johor Darul Takzim yang dibarisi ramai pemain berstatus bintang menjuarai kejohanan jemputan empat penjuru Piala Tunku Mahkota Johor semalam tidak menggambarkan kemampuan sebenar pasukan itu.

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), kejohanan itu lebih merupakan aksi pemanas badan pra-musim bagi menghadapi Liga Super pada musim depan.


"Ini adalah pra-musim, kami memasukkan beberapa pemain dan menguji formasi baharu. Semalam bukan jawapan. Jawapan lebih memberi gambaran dan ia akan bermula pada 8 Jan 2013 dan sepanjang musim," katanya Sabtu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis memperkenalkan pasukan Johor Darul Takzim dan Johor serta jersi pasukan masing-masing di Plaza Angsana, di sini.

Dalam perlawanan akhir kejohanan empat penjuru itu semalam, pasukan Johor Darul Takzim yang dibarisi pemain seperti Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Safiq Rahim dan bekas pemain kebangsaan Sepanyol, Daniel Guiza, tewas 1-2 kepada pasukan Johor.

seorang wanita melempar najis ke rumah jirannya

Kamera CCTV menunjukkan wanita ini melemparkan najis ke pintu apartmen tetangganya

Seorang perempuan yang diyakini sedang "bermasalah" meresahkan tetangganya di Block 193, Lorong 4, Toa Payoh, Singapura.

Bagaimana jiran perempuan itu tidak resah jika mereka menemui najis berciciran di depan pintu apartmen. Tidak cukup dengan najis, perempuan ini juga melemparkan air seni, cat, dan minyak ke pintu apartmen jirannya.

Perbuatan ini terus berlangsung hingga 26 Desember lalu sehingga memaksa para tetangga melaporkan kes ini  kepada polis

Tercatat tiga orang jiran perempuan ini mengeluhkan kes pelemparan najis yang sudah terjadi 11 kali dalam waktu lima bulan terakhir. Salah seorang jirannya, Mr Tan menyebutkan perbuatan ini sangat meresahkan.

"Najis itu di mana-mana dan melekat di pintu, bumbung, kami sudah berupaya membersihkannya namun aroma yang sangat menusuk itu masih terasa hingga saat ini ke dalam rumah," jelasnya Mr Tan lagi.

Mula-mula menggunakan najis haiwan, perempuan itu kemudian beralih menggunakan najis manusia. Jiran yang lain, Mr Ong menceritakan dia bertemu dengan perempuan ini yang kemudian mengeluarkan sumpah seranah.

"Pergi dan Matilah kau dengan keluargamu" tutur Tuan Ong menirukan kata-kata wanita itu.

Baik Tan dan Ong mengatakan peristiwa ini membuat keluarganya hidup dalam ketakutan. Mereka menjadi paranoid, risau jika perempuan ini tiba-tiba muncul dan melemparkan sesuatu ke arah mereka.

Harian The New Paper berjaya mewawancara anak perempuan itu namun dia hanya mengatakan bahawa dia sama sekali tidak mengetahui perbuatan ibunya.

"Ibu saya mungkin sedang bermasalah secara mental," jawabnya singkat.

Sumber lain menyebutkan perempuan ini berada dalam ilusi bahawa jirannya menggunakan ilmu hitam untuk membuatnya jatuh sakit sehingga dia harus menangkis ilmu hitam itu.

kompas


Kapal Terbang Terbesar Dibina Dari Kayu....info

 The Hughes H-4 Hercules (juga dikenali sebagai "Spruce Goose"), adalah Bot Terbang terbesar pernah dibina(pada masa itu), prototaip pesawat pengangkutan berat yang direka dan dibina oleh syarikat Pesawat Hughes.
 Pesawat ini yang dibina daripada kayu disebabkan sekatan perang terhadap aluminium, ia membuat penerbangan pertama dan hanya pada 2 November 1947, dan projek itu tidak pernah maju  yang pernah dihasilkan.

Pada tahun 1942, Jabatan Perang AS telah berhadapan dengan keperluan untuk pengangkutan perlengkapan perang dan kakitangan ke Britain. Bersekutu perkapalan di Lautan Atlantik telah mengalami kerugian yang besar kepada Jerman U-bot, jadi keperluan telah dikeluarkan untuk pesawat yang dapat menyeberangi Atlantik dengan muatan yang besar. Disebabkan keutamaan perang, reka bentuk terus dikekang bahawa pesawat itu tidak boleh diperbuat daripada logam.

 Hughes H-4 Hercules:
Adakah bot terbang terbesar yang pernah dibina dan mempunyai lebar sayap terbesar dari mana-mana pesawat udara dalam sejarah. bertahan dalam keadaan yang baik di Muzium Penerbangan Evergreen di McMinnville, Oregon, Amerika Syarikat.

First flight: Nov. 2, 1947
Model number: Hughes H-4
Classification: Flying boat
Height: 79 feet 4 inches
Fuselage height: 30 feet
Length: 218 feet 8 inches
Wingspan: 319 feet 11 inches
Gross weight: 400,000 pounds
Service ceiling: 20,900 feet
Cruising speed: Approximately 220 mph






















Blog Archive