Orang kuat

Satu acara untuk mencari orang yang paling kuat dan berdaya tahan telah diadakan di Perton, England kelmarin.

pertandingan yang bermula sejak tahun 1986 itu memerlukan peserta berlari menempuh pelbagai halangan antaranya meredah api, berenang dalam lumpur, mendaki, berlari sambil memikul batang kayu, meniarap di bawah kawat berduri.

disebabkan acara ini berisiko tinggi pihak penganjur mensyaratkan setiap peserta menandatangani perjanjian bahawa mereka tidak bertanggungjawab jika berlaku kematian kepada peserta...

mati kataklah jawabnya huhuhu



burung panggang hihi


tak cukup kuat lagi...terpaksa diselamatkan haha


tertelan air lumpurlah tu


lautan lumpur aku renangi


awek ni dah cukup kuat kot..berani ambil bahagian


kalau peserta perempuan mungkin boleh tersangkut nih hehe


yang berbadan besar sah tak muat nak masuk dalam tayar tu


selamba je brader ni


ala ringan je


ooppss

Cara pasang url tooltip di blogspot


Tooltip yang terdapat pada blog yang berplatform wordpress kini boleh di pasang pada blog yang berplatform blogspot. Tooltip ini akan membantu dan memudahkan visitor untuk melihat URL bagi active link yang terdapat pada sesebuah blog.

Untuk memasang tooltip yang memaparkan url seperti yang boleh anda lihat pada active link yang terdapat di blog ini, anda hanya perlu ikut beberapa langkah yang mudah di bawah.

Langkah 1

Log in blog => Dashboard => Template => Edit HTML => Proceed

Langkah 2

Dengan menggunakan keyboard, tekan kekunci Ctrl + F. Seterusnya, taip atau paste kod </head>  pada ruang Find dan tekan kekunci Enter.

Langkah 3

Salin kod berwarna di bawah dan paste di atas atau sebelum kod </head>

<style>
/* Fading Tooltips By Frank Bueltge*/
body div#toolTip {
position:absolute;
z-index:1000;
min-width:150px;
background:#000;
border:2px double #ccc;
text-align:left;
padding:3px 5px 5px 5px;
min-height:1em;
-moz-border-radius:5px;
}

body div#toolTip p {
margin:0;
padding:0;
color:#ccc;
font:11px/12px verdana,arial,sans-serif;
font-weight:bold;
}

body div#toolTip p em {
display:block;
margin-top:2px;
color:#fff;
font-style:normal;
font-weight:normal;
}

body div#toolTip p em span {
font-weight:bold;
color:#fff;
}
</style>
<script src='http://javscript-code.googlecode.com/files/tooltips.js' type='text/javascript'/>
<script>
/*
Sweet Titles (c) Creative Commons 2005
http://creativecommons.org/licenses/by-sa/2.5/
*/
var sweetTitles = {
xCord : 0, // @Number: x pixel value of current cursor position
yCord : 0, // @Number: y pixel value of current cursor position
tipElements : [&#39;a&#39;,&#39;abbr&#39;,&#39;acronym&#39;], // @Array: Allowable elements that can have the toolTip
obj : Object, // @Element: That of which you&#39;re hovering over
tip : Object, // @Element: The actual toolTip itself
active : 0, // @Number: 0: Not Active || 1: Active
init : function() {
if ( !document.getElementById ||
!document.createElement ||
!document.getElementsByTagName ) {
return;
}
var i,j;
this.tip = document.createElement(&#39;div&#39;);
this.tip.id = &#39;toolTip&#39;;
document.getElementsByTagName(&#39;body&#39;)[0].appendChild(this.tip);
this.tip.style.top = &#39;0&#39;;
this.tip.style.visibility = &#39;hidden&#39;;
var tipLen = this.tipElements.length;
for ( i=0; i&lt;tipLen; i++ ) {
var current = document.getElementsByTagName(this.tipElements[i]);
var curLen = current.length;
for ( j=0; j&lt;curLen; j++ ) {
addEvent(current[j],&#39;mouseover&#39;,this.tipOver);
addEvent(current[j],&#39;mouseout&#39;,this.tipOut);
current[j].setAttribute(&#39;tip&#39;,current[j].title);
current[j].removeAttribute(&#39;title&#39;);
}
}
},
updateXY : function(e) {
if ( document.captureEvents ) {
sweetTitles.xCord = e.pageX;
sweetTitles.yCord = e.pageY;
} else if ( window.event.clientX ) {
sweetTitles.xCord = window.event.clientX+document.documentElement.scrollLeft;
sweetTitles.yCord = window.event.clientY+document.documentElement.scrollTop;
}
},
tipOut: function() {
if ( window.tID ) {
clearTimeout(tID);
}
if ( window.opacityID ) {
clearTimeout(opacityID);
}
sweetTitles.tip.style.visibility = &#39;hidden&#39;;
},
checkNode : function() {
var trueObj = this.obj;
if ( this.tipElements.inArray(trueObj.nodeName.toLowerCase()) ) {
return trueObj;
} else {
return trueObj.parentNode;
}
},
tipOver : function(e) {
sweetTitles.obj = this;
tID = window.setTimeout(&quot;sweetTitles.tipShow()&quot;,500);
sweetTitles.updateXY(e);
},
tipShow : function() {
var scrX = Number(this.xCord);
var scrY = Number(this.yCord);
var tp = parseInt(scrY+15);
var lt = parseInt(scrX+10);
var anch = this.checkNode();
var addy = &#39;&#39;;
var access = &#39;&#39;;
if ( anch.nodeName.toLowerCase() == &#39;a&#39; ) {
addy = (anch.href.length &gt; 100 ? anch.href.toString().substring(0,100)+&quot;...&quot; : anch.href);
var access = ( anch.accessKey ? &#39; &lt;span&gt;[&#39;+anch.accessKey+&#39;]&lt;/span&gt; &#39; : &#39;&#39; );
} else {
addy = anch.firstChild.nodeValue;
}
this.tip.innerHTML = &quot;&lt;p&gt;&quot;+anch.getAttribute(&#39;tip&#39;)+&quot;&lt;em&gt;&quot;+access+addy+&quot;&lt;/em&gt;&lt;/p&gt;&quot;;
if ( parseInt(document.documentElement.clientWidth+document.documentElement.scrollLeft) &lt; parseInt(this.tip.offsetWidth+lt) ) {
this.tip.style.left = parseInt(lt-(this.tip.offsetWidth+10))+&#39;px&#39;;
} else {
this.tip.style.left = lt+&#39;px&#39;;
}
if ( parseInt(document.documentElement.clientHeight+document.documentElement.scrollTop) &lt; parseInt(this.tip.offsetHeight+tp) ) {
this.tip.style.top = parseInt(tp-(this.tip.offsetHeight+10))+&#39;px&#39;;
} else {
this.tip.style.top = tp+&#39;px&#39;;
}
this.tip.style.visibility = &#39;visible&#39;;
this.tip.style.opacity = &#39;.1&#39;;
this.tipFade(10);
},
tipFade: function(opac) {
var passed = parseInt(opac);
var newOpac = parseInt(passed+10);
if ( newOpac &lt; 90 ) {
this.tip.style.opacity = &#39;.&#39;+newOpac;
this.tip.style.filter = &quot;alpha(opacity:&quot;+newOpac+&quot;)&quot;;
opacityID = window.setTimeout(&quot;sweetTitles.tipFade(&#39;&quot;+newOpac+&quot;&#39;)&quot;,20);
}
else {
this.tip.style.opacity = &#39;.90&#39;;
this.tip.style.filter = &quot;alpha(opacity:90)&quot;;
}
}
};
function pageLoader() {
sweetTitles.init();
}
addEvent(window,&#39;load&#39;,pageLoader);
</script>


Akhir sekali, klik preview dan jika tida mesej Error yang terpapar, klik saja Save.

p/s: Untuk menukar warna background tooltip tersebut, sila edit background: #000 dengan menukarkan nilai 000 tersebut kepada warna yang anda inginkan.

Yuna oh Yuna



ceria-ceria pagi hahaha..hari yang bahagia, gembira, senyum memanjang hehe. kenapa? sebabnya hari ni tak kedengaran glory..glory haha.

geng setan merah tak berkata apa, diam membisu hehe. kalau tak dari pagi sampai petang asek dok cerita pasal team dia je lah. bila dah kalah senyap jela kan huahaha.

ok dah, tak nak cerita pasal bola tapi pasal AJL malam tadi

aku tak tengok pon hanya bila Yuna muncul baru aku layan kejap sebab aku minat Yuna hihi

tak apalah Yuna, tak ada rezeki. kami tetap dibelakang anda.


baru lepas joging ke apa nih..tak minatlah kau huhu


gambar kredit: http://www.budiey.com/

Setan makan tanah

Terbaik......mulut setan merah dapat ditutup

THE REDS 2 -- RED DEVILS 1


1-0




1-1


2-1

Dirk Kuyt blasted Liverpool into the fifth round of the FA Cup

Mari kita melawat Netherlands

hujung-hujung minggu ni kalau tak kerja atau tak ada benda nak buat apa kata ikut aku melancong. hari ini kita melawat negara Netherlands atau lebih tepat lagi sebuah kampung di negara itu yang di kenali sebagai Giethoom. ia terletak kira-kira 5km dari southwest of Steenwijck

apa yang uniknya, kampung ini tidak mempunyai jalan raya. ia menghubungi antara satu sama lain dengan sungai. bila dah tak ada jalan raya sudah tentu kereta, moto, lori pon tak ada juga ye tak. udara bersih tanpa asap.

kampung ini mula femes apabila sebuah filem "fanfare" membuat penggambaran di sini pada tahun 1958 dulu. jadi tak hairanlah ia dikunjungi oleh ribuan pelancong dari seluruh dunia.

ok moh kita jalan-jalan menikmati panorama cantik kampung itu













rasa macam nak pindah duduk sini je. best. tenang, cantik

Adele best

kenal Adele tak? aku baru je berkenal-kenalan dengan dia.

dulu aku tak layan sangat Adele rasa cam tak best je tapi bila dengar balik lagu dia berulang kali aku rasa semacam...woww superb...

best...suara dia memang best

bertambah sorang lagi penyanyi wanita yang aku minat


banyak-banyak lagu dia, lagu yang ni tiap-tiap hari aku layan

"Rolling in the deep"

best sangat..

moh kita layan sama-sama

Impian yang belum menjadi kenyataan

(Anfield)

satu hari nanti aku akan berada di sini untuk menyaksikan
The Reds beraksi. semoga menjadi kenyataan. insyaAllah


esok 28 jan 2012
Reds akan berentap dengan musuh paling ketat, Manchester Utd
dalam FA cup.

semoga mulut si setan merah dapat ditutup seterusnya akan dapat
beraksi di Wembley.

~YNWA~

p/s: kalau kalah esok, minggu depan bernanah telinga kena kutuk huhuhu

Miss Cutey Yellowish


comelkan awek korea ni. namanya Ji Hyun Ji, 20, atau gelarannya Miss Cutey Yellowish. dia mendapat gelaran sedemikian kerana tidak gosok gigi selama 10 tahun...pehhh lamanya. aku tak gosok sehari pon dah lain macam dah huhuhu.

"Saya tidak tahu mengapa orang harus gosok gigi, kerana tak ada orang lain yang akan melihat ke dalam mulut anda,bagi saya, tumpukan sisa makanan itu akan menjadi perlindungan bagi gigi saya" kata Ji

menurut Ji, kali terakhir dia menggosok gigi ketika berusia 10 tahun ketika ibunya menggosok giginya.

Kebiasaan hari-harinya dia hanya mencungkil gigi depannya jika ada makanan melekat.


siapa yang sanggup jadi suaminya ek? aku tak nak hahaha

24 Peringatan Untuk Wanita

1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).

2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis.

Sabda Nabi s.a.w., “Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.”

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum)

Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah kamu dapat melihatnya.”

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.

16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah s.a.w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”

17. “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab Nabi s.a.w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.

19. “Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w.:

Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)
Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengena perabot perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:”

Orang yang gemuk tapi kurus
Orang yang berpakaian tetapi telanjang
Orang yang alim tapi jahil

Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

21. Asma’ binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, “Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung).

Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka

para Nabi yang lalu iaitu:”

Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
Ingat kepada Allah SWT
Lupakan budi baik mu pada orang lain.
Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
Ingat kepada mati.

23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:

Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
Minta talak.
Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.

24. Wajib bagi wanita:

Mengekalkan malu pada suaminya.
Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
Mengikut kata-kata dan suruhannya.
Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
Berdiri menyambut kedatangannya.
Berdiri menghantar pemergiannya.
Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
Tiada khianat ketika tiada suaminya.
Memuliakan keluarga suaminya.
Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami




http://www.ar-rifke.com/2012/01/sebarkan-24-peringatan-untuk-wanita.html

Threaded Comment: Features terbaru dari Blogger.com


Blogger team telah melancarkan features terbaru mereka iaitu threaded comment yang telah lama dinantikan oleh para blogger yang menggunakan platform blogspot. Dengan features terbaru ini, anda tidak perlu lagi memasang threaded comment secara manual. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh baca pada post di Blogger Buzz.

Engage with your readers through threaded commenting

Blogger now supports threaded commenting, which means that it is now much easier to differentiate between whether someone is making a general comment on the thread, or responding to another comment on the thread.



What do you have to do to enable this on your blog? Nothing! If you have Blogger’s commenting feature enabled, “Blog Feed” set to “Full”, and are using “Embedded” comments, then you’re ready to start a discussion with your readers. To check, or change your feed settings, select: “Settings > Other >, and then “Full” from the “Allow Blog Feed” dropdown:



To check your current form setting, select: “Settings > Posts and Comments, and select “Embedded” from the “Comment Location” dropdown:



sumber: http://buzz.blogger.com/

p/s: Threaded comment system ini hanya terdapat pada blog yang menggunakan template dari template designer.

Facebook dan Ultrabook mengubah dunia


DUNIA teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sekali lagi dijangka berdepan cabaran pada tahun baru yang akan memacu pertumbuhan global, bagaimanapun pasaran baru muncul bakal mewarnai industri bagi tempoh 12 bulan akan datang ini.

IT@Metro menjangkakan beberapa pertumbuhan positif dalam industri yang sentiasa merubah dunia termasuk:

1. Pencetak kompak


Salah satunya, kita akan lihat beberapa model pencetak foto kompak yang dibina khusus bagi cetakan dari iPhone, iPad dan telefon pintar serta tablet lain.

Walaupun menjelang akhir tahun lalu, pencetak WiFi model terkini sudah serasi dengan AirPrint Apple, tidak ramai pengeluar pencetak yang memanfaatkannya tapi mencipta aplikasi sendiri.


2. Ultrabook

Laptop jenis ultrabook dibangunkan dengan ketebalan minimum akan dijangka menguasai pasaran apabila ia mula diperkenalkan pada suku terakhir tahun lalu walaupun harganya masih mahal dan kami jangkakan kos pemilikannya akan berkurang menjelang suku ketiga tahun ini.

Pada masa sama, Apple dijangka memasuki kategori laptop nipis terbabit dengan Macbook wajah baru. Besar kemungkinan model MacBook Air dengan spesifikasi baru.

Persaingan juga dijangka bertambah apabila Microsoft bakal mengeluarkan sistem operasi Windows 8 yang boleh mampu melonjakkan pasaran ultrabook pada 2012.

Apabila menyebut mengenai harga ultrabook yang rata-rata masih melebihi RM3,000, it@Metro menjangkakan nilainya akan jatuh hingga 30 peratus bergantung kepada permintaan pengguna pada suku kedua nanti.


3. Pemacu optik

Berikutan pengeluaran ultrabook, kita akan melihat pengurangan pemacu optik yang bakal hilang terus dari rekaan laptop disebabkan inisiatif ultrabook yang dibawakan syarikat pemprosesan Intel terbabit.

Kebanyakan vendor akan mula menyedari keutamaan pengguna berada dalam kehidupan yang lebih mementingkan jangka hayat bateri, rekaan yang lebih ringan dan banyak lagi sistem berkuasa tinggi.

Semuanya hanya boleh dicapai dengan ‘mengorbankan’ komponen dalaman yang difikirkan tidak lagi releven.


4. Skrin sentuh pada notebook

Skrin sentuh pada desktop dan notebook akhirnya akan bermula pada 2012 walaupun beberapa model sudah dikeluarkan sebelum ini.

Sekali lagi, ia akan dipacu sistem operasi berorientasikan Microsoft Windows 8 yang dikhabarkan mesra skrin sentuh, malah pengguna biasa akhirnya akan mempunyai pilihan untuk menggunakan skrin sentuh serta menyepadukannya dengan telefon anda.


5. Facebook

Facebook menetapkan sasaran untuk mencapai satu bilion pengguna menjelang 2012.

Hampir 700 juta pengguna menggunakan laman sosial facebook di seluruh dunia sekarang dan angka itu dijangka terus meningkat pada tahun ini.

Menurut statistik laman analisis Sosial Bakers, pertumbuhan terpantas dikhabarkan akan datang dari Brazil terutama selepas negara Amerika Latin terbabit mencatat peningkatan hingga 1.9 juta pengguna pada Mei tahun lalu.


6. Pemacu flash

Satu lagi tarikan 2012 tertumpu kepada sistem setoran berasaskan ‘flash’ yang berkait rapat dengan hukum fizik Moore.

Ramai penyelidik membuat kesimpulan perkakasan Solid State Drive (SSD) akhirnya akan memecah masuk industri perkomputeran yang masih berharga tinggi.

Kami menjangkakan, 2012 bakal menyaksikan kos suntuk kapasiti akan kurang kira-kira RM3 bagi setiap 1GB di pasaran.


7. Telefon pintar

Peranti mudah alih terbabit akan terus diperkatakan setiap tahun dan ia masih menjadi topik hangat dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.

Pada 2012, penganalisis Internet, Morgan Stanley berkata beliau menjangka jualan telefon pintar akan mengatasi jualan PC dengan lebih daripada 450 juta unit yang bakal dijual.

Malah, ia bakal bertambah pada 2013 apabila jualan telefon pintar akan menghampiri 650 juta unit disokong penggunaan laman rangkaian sosial serta stream video.


8. iPad

Ramai penganalisis menganggarkan jualan iPad akan mencecah 16.5 juta unit pada 2012 saja, satu angka yang lebih baik berbanding 2010 dan 2011.

Sehingga kini, terdapat angka tidak rasmi menunjukkan Apple berjaya menjual 6.2 juta iPad pada 2010 dan 8.2 juta pada 2011.


9. Netbook dengan Linux

Agensi penyelidik ABI Research percaya 2012 akan menyaksikan kebangkitan semula netbook yang memasang sistem operasi berasaskan Linux.

Perubahan trend terbabit akan menyaksikan pemprosesan ARM dalam beberapa jenama netbook tidak lagi berasaskan format x86 dan secara tidak langsung tidak lagi menjalankan sistem operasi Windows XP, Vista atau Windows 7.


10. PS3

Konsol permainan terkemuka, Sony PS3 dianggarkan mampu mengatasi jualan Microsoft Xbox 360 pada nisbah 2:1 menjelang akhir 2012.

Ia disokong pendapat Penganalisis IDC Billly Pidgeon, yang mengunjurkan PS3 akan terjual sebanyak 107 juta unit di seluruh dunia mengatasi Nintendo Wii dan Xbox 360.


11. Projektor dalam telefon

Ia seakan mustahil tapi berkemungkinan besar 50 juta projektor bakal dibina dalam telefon pada tahun ini.

Beberapa syarikat elektronik di seluruh dunia sudah mengumumkan rancangan untuk memasuki pasaran paparan mini dan tidak terkecuali tempiasnya akan terkena pada telefon.


12. Saluran HD

Tahun lalu menyaksikan beberapa saluran definisi tinggi (HD) diperkenalkan dan ia dijangka bertambah kepada 900 saluran di seluruh dunia menjelang 2012, malah di China saja sudah diwujudkan saluran HD berformat tiga dimensi (3D).


13. LTE

Agensi penyelidik, Juniper Research meramalkan jumlah pelanggan untuk rangkaian Evolusi Jangka Panjang (LTE) akan mencecah 24 juta pada 2012, hanya dua tahun selepas versi awal teknologi terbabit diuji.

LTE dijangka menjadi pengganti jangka panjang dalam industri jalur lebar mudah alih kerana ia menawarkan laluan migrasi dari teknologi 3G/HSPA yang sedia ada dengan lebih baik.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/

5 cara untuk top monetize blog anda


Jika anda mahukan cara-cara untuk mendapatkan wang daripada blog anda, maka artikel ini adalah untuk anda. Dalam artikel ini, kita membincangkan beberapa kaedah di mana anda boleh mendapatkan wang daripada blog anda dengan cara yang mudah dan mudah.

1. Advertising :

Salah satu bentuk yang paling biasa dan paling mudah Pengewangan blog anda melalui pengiklanan. Blog anda boleh menjana pendapatan melalui pelbagai bentuk pengiklanan. Blog anda boleh menampilkan semua jenis iklan seperti pautan teks, iklan banner, atau iklan imej. Terdapat banyak program pengiklanan boleh didapati di Internet, sebagai contoh, Google AdSense, Pay per Post, Amazon Associates, dan eBay Gabungan.

2. Merchandising :

Ini merupakan satu lagi cara pengewangan blog anda. Anda boleh menggunakan blog anda untuk menjual pelbagai jenis barangan. Kebanyakannya penjualan barangan di blog berlaku melalui perkhidmatan seperti CafePress. Penyedia perkhidmatan menyesuaikan pelbagai produk dan barangan supaya anda boleh menjual mereka di blog anda.

3. Review :

Anda boleh menjana pendapatan blog anda dengan menulis ulasan di blog anda. Ulasan boleh dikaitkan dengan produk, perniagaan, acara, filem, malah sebuah buku baru. Agensi yang berkaitan dengan topik kajian anda akan membayar anda untuk menulis semula. Hanya memberi perhatian kepada peraturan akaun mata wang asing baru ini, mereka retak ke atas ulasan yang hanya dibuat untuk komisen. Tahu produk anda, anda sedang mengkaji benar-benar baik sebelum menggunakan kaedah ini.

4. E Book :

Penulisan EBook adalah cara surefire daripada pengewangan blog anda. Anda menulis EBook dan kemudian menjualnya di Internet melalui blog anda. Jika anda mahu, anda juga boleh menggunakan blog anda untuk melakukan pemasaran untuk beberapa EBook ini. Ini merupakan cara terbaik untuk mendapatkan wang dari blog. Ini akan menolong terutama bagi mereka blogger yang telah ditubuhkan pada diri mereka Wide Web Dunia sebagai pakar dalam satu bidang atau topik yang lain. Anda boleh meningkatkan pegangan dalam bidang ini dengan menyediakan pembaca tetap blog anda dengan petikan en eksklusif atau maklumat eksklusif mengenai EBook anda.

5. Sell advertising space :

Akhir sekali, satu lagi bentuk pendapatan tunai di blog anda adalah untuk menjual ruang iklan. Anda boleh mengenakan bayaran mingguan atau bulanan, teks pautan atau meletakkan banner pada laman web anda untuk laman-laman lain. Sebaik sahaja anda boleh membuktikan aliran trafik anda setengah jalan yang baik, ini adalah cara yang baik untuk mendapatkan wang daripada blog anda

Source: http://my.hicow.com/

Hye all

hari ini khamis 5 januari 2012...sekian. terima kasih

Blog Archive