Cara pasang Facebook share button di blog

Untuk memasang Facebook Share Button pada setiap post di bawah post title,seperti yang boleh anda lihat pada blog ini, hanya ikut beberapa langkah yang mudah di bawah.

Langkah 1

Pergi ke http://www.facebook.com/facebook-widgets/share.php dan pilih style button yang ingin anda pasang pada blog. Anda juga boleh memilih button dengan counter.

Langkah 2

Log in blog = Dashboard => Design => Edit HTML. Seterusnya, tick pada kotak Expand Widget Templates.

Langkah 3

Dengan menggunakan keyboard, tekan kekunci F3. Seterusnya taip atau paste kod <div class='post-header-line-1'/> pada kotak Find dan seterusnya, klik Find. Jika kod tersebut tiada, anda boleh menggantikannya kod <div class='post-header-line-1'> atau <data:post.body/>

Langkah 4

Salin kod yang telah siap pada Langkah 1 dan paste kod tersebut di bawah atau selepas kod <div class='post-header-line-1'/> atau <div class='post-header-line-1'> atau <data:post.body/>

Akhir sekali klik Preview, dan jika tiada mesej Error yang terpapar, klik saja Save.


P/s: Jika anda ingin mengubah kedudukan button tersebut, anda boleh gunakan kod ini untuk memaparkan button pada sebelah kanan atau kiri

<div style="float:right;padding:4px;">
Masukkan kod Facebook Share Button di sini
</div>

Gantikan right kepada left pada float jika anda ingin memaparkan button pada sebelah kiri

Contoh:

<div style="float:right;padding:4px;">
<a name="fb_share" type="button_count" href="http://www.facebook.com/sharer.php">Share</a>
<script src="http://static.ak.fbcdn.net/connect.php/js/FB.Share" type="text/javascript"></script>
</div>

Cara kesan IP address visitor blog

Statscounter.com adalah salah satu site yang menyediakan perkhidmatan visitor counter  yang mempunyai ciri-ciri yang sangat menarik. Dengan mendaftar dan memasang widget statscounter secara paparan ataupun di sembunyikan(hide) pada blog, kita sebenarnya dapat mengesan dari mana datangnya visitor beserta IP address. Dengan memaparkan maklumat pelawat secara detail, kita juga mungkin dapat mengesan IP address visitor yang memberi komen berdasarkan masa yang tercatat pada komen tersebut.


Untuk mengesan IP address visitor yang masuk ke blog kita, hanya perlu klik icon Real-Time Stats and Visitor Reports (rujuk gambar) dan kemudian klik pada Recent Visitor Activity. Pada paparan Recent Visitor Activity, kita dapat melihat maklumat yang menunjukkan lokasi, ISP provider, IP address visitor, entry page, exit page dan refering URL visitor yang melawat ke blog kita.

Untuk mencubanya, anda boleh mendaftar di statscounter.com

Website terbaik untuk edit gambar secara online percuma


Picnik.com adalah satu site photo editing yang memberi kemudahan kepada anda untuk membuat suntingan terhadap gambar sebelum memaparkannya pada blog. Editing tools yang disediakan juga adalah sangat menarik dan mudah untuk di gunakan. Satu kelebihan yang ada pada site ini ialah, anda tidak perlu untuk mendaftar seperti kebanyakkan site yang lain.

Pelbagai effect disediakan oleh Picnik.com seperti khas seperti Go Pink (menjadikan gambar berwarna anda menjadi merah jambu) dan Focal B&W (memberikan fokus warna pada bahagian yang anda kehendaki, sementara bahagian lainnya pula berwarna hitam dan putih). Pilih Orton-Ish untuk memberikan sentuhan kecantikan kepada gambar anda dan Posterize untuk menjadikan gambar anda seolah-olah dilukis dengan cat air.

Anda juga boleh membuat suntingan gambar supaya menjadi lebih jelas, memotong bahagian gambar yang tidak dikehendaki atau mengecil dan membesarkan gambar. Setelah selesai anda bolehlah save ke hard drive anda.

Cara buat logo dan banner blog percuma secara online

Ada diantara kita yang tertanya-tanya bagaimana cara untuk mencipta logo sendiri untuk diletakkan di dalam blog sebagai header ataupun untuk dijadikan sebagai banner exchange.


Dengan Online Logo Maker, kini kita boleh membinanya secara online tanpa memerlukan kemahiran yang tinggi seperti seorang Designer. Hanya gunakan kretiviti sendiri untuk menngunakan icon dan style font yang sesuai.

Online Logo Maker adalah sebuah site yang menyediakan perkhidmatan untuk membina dan merekabentuk logo secara percuma. Kelebihan yang terdapat pada site ini ialah, tools yang di sediakan sangat mudah untuk di gunakan dan anda tidak perlu membuat sebarang pendaftaran.

Untuk mencubanya, sila lawat:

Tips untuk memilih template blogspot


Dalam memilih template blog, kita perlu sedar, sesuaikah template yang di pilih itu dengan isi yang ingin kita sampaikan. Sebagai contoh, kita ingin menggunakan blog sebagai platform perniagaan atau business, template yang mungkin sesuai adalah template yang berstail elegant dan magazine. Mungkin sedikit janggal jika menggunakan theme yang gelap. First impression adalah satu aspek yang tidak boleh kita pandang ringan dan abaikan jika ingin menarik lebih ramai lagi visitors.

Begitulah juga dengan template blog yang berkategori personal yang biasanya dipilih berdasarkan minat, bermotif dan berbunga oleh pemilik blog tersebut.

Tips memilih template blogspot.

1.Template yang terbaik adalah template yang mesra SEO. Ini kerana template tersebut di bina khas yang bertujuan untuk mendapatkan rank yang baik dalam search engine dan friendly pada visitor. Biasanya, loading untuk template yang mesra SEO ini adalah sangat cepat.

2.Semasa kita melihat preview template yang handak di pilih itu, pastikan semasa proses loading template tersebut, bahagian post akan muncul dahulu dan di ikuti bahagian sidebar. Ini kerana, jika berlaku error pada widget di sidebar semasa proses loading, ia tidak akan mengganggu bahagian post.

3.Jika anda memilih untuk menggunakan template 3 colum, anda di cadangkan supaya menggunakan template yang mempunyai 2 sidebar yang di letak di sebelah kanan secara bersebelahan. Ini kerana, jika berlaku masalah ataupun error dari hosting widget-widget yang telah di pasang pada sidebar, ia tidak akan menggangu proses loading bahagian post.

4.Dari segi warna, putih adalah warna yang terbaik sekali. Putih dilihat lebih mesra dengan visitors. Jika anda ingin menggunakan warna yang gelap ataupun hitam, pastikan font adalah sesuai dan pastikan juga saiz dan jenis font tidak menyukarkan visitors untuk membacanya.

5.Pilih template yang kurang menggunakan image. Walaupun template yang menggunakan image Nampak lebih cantik dan menarik, tetapi ia mempunyai kelemahan dari segi loading. Biasanya image yang digunakan untuk template tersebut berformat png.

6.Pilih template yang kurang menggunakan javascript yang di host dari luar. Ini kerana, ia akan mengganggu proses loading blog kita jika terdapat masalah atau error yang berpunca dari hosting tersebut.

Blog Archive