Web site terbaik untuk download template blog secara percuma

Cara buat blog di blogspot

Sites terbaik untuk download template blog

Selain daripada template yang disediakan oleh blogger.com ataupun yang terdapat di Template Designer, anda juga boleh menggunakan template yang menarik dan percuma.

Jika anda ingin mendapatkan template-template blog yang menarik dan tidak tahu di mana untuk mendapatkannya, di bawah ini tersenarai 12 sites yang menyediakan template blog secara percuma. Anda boleh memilih template mana yang di rasakan menarik dan sesuai mengikut citarasa anda sendiri.


http://www.bietemplates.com

http://www.finalsense.com

http://btemplates.com

http://www.dantearaujo.net/search/label/Free%20Template

http://www.ourblogtemplates.com

http://www.mytemplatebox.com

http://www.forfreebloggertemplates.com

http://www.bloggertemplatesfree.com

http://www.eblogtemplates.com/templates/blogger-templates

http://www.deluxetemplates.net

http://www.bloggerblogtemplates.com

http://www.chethstudios.net/2009/01/roundup-of-best-blogger-templates.html

Tambahan:

http://www.bloggerstyles.com/

http://lenatoewsdesigns.blogspot.com/

http://www.bloggerthemes.net/

http://leelou-freelayouts.blogspot.com


Credit: www.my-bittersweetlife.com

Sebab apa blog jadi berat

Banyak faktor yang menyebabkan sesebuah blog itu lambat untuk melalui proses 'loading page'. Kebiasaannya, punca utama adalah kerana blog tersebut dibina menggunakan banyak image.

Paparan image pada post yang saiz 'file'nya terlalu besar.Untuk mengecilkan saiz 'file' image tersebut, sila baca di sini.

Penggunaan banyak widget javascript juga menjadi salah satu punca utama mengapa blog menjadi berat.

Sebab lain, kenapa blog menjadi berat.

1. Widget berbentuk flash (.swf): contohnya widget seperti jam, visitor counter,  gambar slide, games, iklan dan sebagainya.

2. File Javascript (.js); contohnya marquee text, photo slider dan jquery .

3. File Image bersize besar (.jpg, png, gif dan sebagainya); Contohnya seperti gambar atau ikon yang boleh bergerak, Lebih-lebih lagi image berformat .gif (animation) yang bersaiz besar.

4. Terlalu banyak post di muka depan(front page). Tekan Ctrl + - pada keyboard sebanyak empat kali. Anda boleh lihat sama ada blog sukar untuk di scroll atau pun mudah. Kemudian, bandingkan dengan blog lain.

5. File audio atau video yang di mainkan secara auto.

Tips dibawah mungkin dapat membantu anda.

~Timbang berat blog.
~Tips meringankan blog dan loading page.
~Ringankan blog dengan jquery lazy load.

p/s: Jika ada lagi, sila sambung dibahagian komen.

Cara buat flash banner dengan Aleoflash Software

Pada entri yang lepas,terdapat tutorial bagaimana untuk membina image, banner atau header beranimasi dengan Aleoflash(sila klik). Mungkin penerangan tentang Aleofalsh tersebut yang terlalu ringkas menyebabkan ada yang kurang faham. Jika anda masih kurang faham apa itu aleoflash, sila rujuk semula entri Cara mudah membina image, banner atau header beranimasi dengan software AleoFlash. Anda juga boleh download software Aleoflash pada link yang diberi.


Cara buat Flash Header dengan Aleoflash

Klik pada Panel Size and sound yang terdapat disebelah kiri.Ubah nilai width dan height mengikut saiz header blog anda. Contohnya width: 800px dan height: 600px (saizheader untuk template classic minima). Pada background sound, untick pada kotak Play background sound in Flash movie jika tidak mahukan ada efek bunyi. Pada bagahian Options pula, untick kotak Generate compressed Flash movie dan Add preloader to Flash movie.


Panel Background=  Anda boleh memilih sama ada menggunakan transparent background ataupun Solid color ataupun background berstail dengan Gradient color. Anda juga boleh masukkan image atau flash dibahagian Background image and flash movie.


Panel Effect = Anda boleh memilih efek yang dirasakan bersesuaian untuk background. Terdpat 37 jenis efek untuk background yang boleh di cuba. Bahagian Key dan Value juga boleh diedit mengikut kesesuaian.


Panel Text and image= anda boleh masukkan teks yang sesuai ataupun  tajuk blog. Untuk mengubah font,klik pada tab Edit font style dan kemudian klik pada icon Edit selected font style. Anda boeh memilih jenis font, saiz, style dan warna. Anda juga boleh memasukkan image yang sesuai dengan klik pada Add image.

Untuk memasang efek pada teks, klik pada tab Effect dan anda boleh memilih sehingga 57 jenis efek. Jika anda mahu menambah lagi image atau teks, hanya klik pada Add image atau Add text.

Untuk mengubah kedudukan teks atau tajuk blog, anda boleh mengubahnya pada tab Positition.Untuk lebih mudah, gunakan Use relative position. Edit nilai pada bahagian Offset untuk vertical dan horizontal sehingga anda berpuas hati dengan kedudukan teks tersebut.

 Pada tab Web Link, anda boleh masukkan URL pada teks tersebut. Tick pada Open web page when user click on the text. MAsukkan URL blog anda pada ruang URL address

Jika anda ingin mengubah speed atau delay teks tersebut, ada boleh mengubahnya pada bahagian Display as dynamic text. Jika inginkan teks tersebuat berkeadaan statik tanpa efek, tick pada Display as static text on background.


Panel Publish= Setelah selesai dan berpuas hati dengan header tersebut, klik pada Panel Publish dan seterusnya klik butang Publish. Pada pop up window yang muncul, tick pada Publish as Flash movie(.swf). seterusnya klik Ok. Namakan dan Save file tersebut.

Untuk memasukkan flash header yang telah siap itu, anda boleh rujuk entri Cara upload dan masukkan file swf (flash) pada blog(sila klik)

Blog Archive