Buat template blog dengan Artisteer Software

Artisteer adalah satu software yang digunakan untuk mereka bentuk laman web dan theme blog seperti blogger, wordpress, joomla dan drupal. Software ini membolehkan anda untuk mereka bentuk laman web dan juga theme dengan mudah dalam masa yang singkat, tanpa memerlukan anda untuk mahir dalam kod html dan juga css.

Anda tidak perlu menggunakan sebarang software tambahan seperti Adobe Photoshop untuk mengubah image gambar, Macromedia untuk menulis kod xhtml dan css, dan juga perisian lain yang berkaitan. Anda boleh mengubah layout, warna, jenis dan saiz font, background, header, menu, dan beberapa fungsi mudah lain dengan menggunakan tools yang disediakan.

Perisian ini juga sesuai untuk designer baru yang masih tercari-cari idea atau masih belajar mengenai xhtml dan css. Fungsi-fungsi yang terdapat pada Artisteer adalah sangat menarik dan mudah untuk digunakan.

Sila klik link di bawah untuk download software Artisteer

Buat template blogspot dengan Template Designer


Template Designer adalah feature terbaru dari Blogger.com yang sememangnya sangat menarik. Ianya adalah satu aplikasi tambahan yang membolehkan anda untuk membuat ubahsuai template mengikut kesesuaian dan citarasa sendiri dengan mudah dan pantas. Tanpa perlu anda membuat ubahsuai kod HTML pada script template.

Untuk permulaan, Template Designer ini menyadiakan sebanyak 15 jenis template yang boleh di ubahsuai pada bahagian column. Kita boleh memilih design untuk satu, dua atau tiga colum dan column-column tersebut boleh di ubah dari segi kelebarannya. Terdapat berbagai background yang menarik untuk kita pilih dan ianya memang sangat cantik dan menarik.

Jika anda berminat untuk mencuba Template Designer tersebut, hanya login ke Blogger in draft(sila klik) dan gunakan username dan password yang sama seperti akaun Blogger. anda. Maklumat lanjut tentang feature terbaru dari Blogger ini juga boleh anda baca di Blogger in draft.

Selamat mencuba.

Blog Archive