Menukar template 2

Oleh kerana terdapat berbagai pertanyaan tentang bagaimana cara untuk menukar layout template, maka pada artikel kali ini, Mari bina blog sekali lagi akan menerangkan secara lebih jelas lagi.

Jangan terkeliru dengan script template untuk blogspot dan wordpress kerana ianya berbeza dari segi upload kerana template untuk blogspot boleh di uploadkan secera terus, tetapi template untuk wordpress perlu diuploadkan terlebih dahulu pada file hosting dan scriptnya hendaklah di tukarkan (convert) supaya ianya sesuai untuk blogspot. Selalunya,akan berlakunya masalah (error) apabila kita menguploadkan file yang salah ataupun file yang tidak lengkap scriptnya.

Langkah 1.

Download script template terlebih dahulu dari website yang menyediakan template-template percuma. Untuk memudahkan mencari file semasa proses mengupload script template nanti, letakkan file tersebut pada Desktop komputer anda. Extract file script template tersebut jika ianya memerlukan anda berbuat demikian. Ini kerana, kebanyakkan file script template adalah dalam bentuk zip ataupun winrar.

Langkah 2

Login blog anda dan klik Dashboard=> Layout. Salin (copy) segala widget dan gadget yang telah anda pasang pada blog anda sekarang kerana semasa proses menukar script template yang baru nanti, kebanyakkan widget-widget dan gadget- gadget tersebut akan hilang. Kadangkala, link-link yang telah di letakkan juga turut akan hilang. Yang akan di uploadkan pada script template yang baru nanti hanyalah segala posting yang ditulis dan beberapa gadget. Oleh yang demikian, segala link juga hendaklah dibuat salinan (copy) . Pastekan segala widget, gadget dan link pada notpad dan namakannya supaya memudahkan anda meletakkan kembali pada template yang baru nanti.

Langkah 3.

Setelah selesai membuat backup untuk widget, gadget dan link, klik pula Edit HTML. Seterusnya, salin script template yang anda sedang gunakan sekarang ini dengan mengklik perkataan Download Full Template. Ianya bertujuan sebagai backup jika berlaku masalah (error) semasa proses menukar script template yang baru nanti.

Langkah 3

Setelah selesai proses membuat backup tadi, tandakan (tick) pada kotak . (lihat gambar di bawah)


Seterusnya, klik butang Browse dan klik pada file script template yang talah di download tadi. File bagi script template adalah dalam bentuk xml. Oleh itu cari file yang berikon seperti contoh yang ditunjukkan pada gambar di bawah.

Kemudian, klik butang upload. Jika tiada berlakunya masalah (error) semasa proses upload itu, anda akan melihat paparan seperti gambar di bawah ini akan muncul.

Itu adalah makluman yang menyatakan bahawa widget yang telah anda pasang pada pada blog anda sekarang akan hilang semasa proses menukar script template ini. Jika anda telah membuat backup untuk widget-widget tersebut, jangan bimbang dan teruskan proses tersebut dengan klik butang Preview. Anda akan melihat satu paparan baru blog anda. Jika anda berpuas hati dengan paparan blog anda yang terbaru itu , klik butang Confirm & Save. Seterusnya klik butang Save.

Langkah 4

Kini blog anda sudah bertukar kepada paparan (layout) yang baru, tetapi widget yang telah anda pasang pada paparan(layout) yang lama telah hilang. Untuk proses memasang semula widget-widget tersebut, salin tag-tag HTML yang telah anda pastekan pada notepad semasa Langkah 2 tadi dan pastekan pada template blog anda yang baru.

Menukar latar belakang(background) blog

Bagi blogger yang menggunakan classic template yang di download dari blogger.com, anda sebenarnya boleh mengubah latar belakang(background) template anda daripada paparan kosong (kebiasaannya putih) kepada paparan yang berwarna ataupun bergambar.

Background berwarna

Masuk ke dashboard blog anda dan seterusnya pergi ke Layout=> Edit HTML. Tandakan pada kotak Expand Widget Templates. Dengan menggunakan keyboard, tekan Ctrl+F. Taipkan body { pada kotak dan tekan enter. Cari kod yang bertulis background-color: #kod warna; . Edit kod warna tersebut dan gantikan dengan kod pilihan anda. Seterusnya, klik preview. Jika tiada sebarang mesej error muncul dan paparan tersebut muncul seperti apa yang anda inginkan, klik save.

p/s: Save script template asal terlebih dahulu.


Background bergambar / wallpaper

Langkah 1

Apa yang perlu anda lakukan ialah mencari satu gambar atau wallpaper yang bersaiz 1024 px x 730 px ke atas, salin url bagi gambar atau wallpaper tersebut dan pastekan pada notepad. Kemudian, salin kod di bawah, paste pada notepad dan edit kod tersebut dengan menggantikan url gambar atau wallpaper yang telah di pastekan terlebih dahulu tadi pada perkataan masukkan url.jpeg.

Kod:
background-image: url("masukkan url.jpg");
background-position: center;
background-repeat: no-repeat;
background-attachment: fixed;


Langkah 2

Masuk ke dashboard blog anda dan seterusnya pergi ke Layout=> Edit HTML. Tandakan pada kotak Expand Widget Templates. Dengan menggunakan keyboard, tekan Ctrl+F. Taipkan body { pada kotak dan tekan enter. Cari kod yang bertulis background-color: #kod warna; . Hightlightkan kod tersebut dan gantikan dengan kod pada notepad yang telah di edit tadi. Seterusnya, klik preview. Jika tiada sebarang mesej error muncul dan paparan tersebut muncul seperti apa yang anda inginkan, klik save.

p/s: Save script template asal terlebih dahulu.

Memasang flash game

Pada artikel yang akan datang, saya akan menunjukkan bagaimana untuk memasang flash game pada blog.

p/s: Page lambat loading cket sebab download game nih..



Mengubah saiz flash banner

Ada blogger yang bertanya pada Mari bina blog, adakah flash banner seperti yang di tunjukkan pada artikel yang lepas boleh di ubah saiznya atau tidak. Pada mulanya Mari bina blog menyatakan bahawa flash banner tersebut tidak boleh di ubah saiznya, tetapi setelah Mari bina blog cuba mengubah kod dengan menambah tag HTML pada kod tersebut, sebenarnya flash banner tersebut boleh di ubah saiznya mengikut kesesuaian saiz blog kita sendiri. Minta maaf kepada blogger yang bertaya itu.

Pada artikel kali ini, Mari bina blog akan menunjukkan, bagaimana untuk mengubah saiz flash banner tersebut. Sebelum itu, Mari bina blog ingin memaparkan contoh flash banner yang di bina dari Flashvortex.com yang bersaiz 468px x 90px.


Contoh flash banner yang bersaiz 468px x 90px.


Flash banner di atas adalah bersaiz asal, dan tidak boleh di edit dengan mengubah angka yang terdapat pada tag HTML nya. Jika di ubah, akan terjadinya error, iaitu flash banner tersebut tidak akan terpapar keluar. Untuk mengubahya, anda perlu menambahkan kod pada tag HTML flash banner tersebut.

Untuk membinanya, pastekan dahulu tag HTML flash banner yang telah di bina dari Flashvortex.com pada posting yang baru dan klik publish post. Seterusnya klik view blog. Pergi ke bahagian tool bar Mozilla Firefox dan seterusnya klik Tool => Page info => Media. Scroll pada ruangan Adress dan cari address seperti contoh di bawah:

http://h1.flashvortex.com/files/42/3_1246350829_578_306_0_468_60_8_42.swf

Copy address tersebut dan pastekan pada notepad. Kemudian, copy pula tag HTML di bawah ini dan pastekan pada notepad:





Copy semula adress flash banner pada notepad tadi dan pastekan pada bahagian yang bertulis pastekan adress flashvortex.swf

Anda boleh mengedit saiz flash banner itu mengikut kesesuaian saiz blog anda dengan mengubah angka pada kod height="50" dan width="390". Setelah selesai mengedit dan berpushati, copy tag HTML yang telah di edit itu dan pastekan pada blog anda.

Contoh flash banner yang telah di ubah saiznya kepada 390px x 50px.

Memasang shout box (ruangan sembang)

Pada artikel kali ini, Mari bina blog akan menunjukkan anda bagaimana memasang widget ruangan sembang (shout box) seperti cbox ataupun shoutmix.

Perkara pertama yang harus anda lakukan ialah pergi ke website shout box tersebut dan buat pendaftaran(register) dan ianya percuma . Bagi cbox linknya ialah http://cbox.ws/getone.php dan bagi shoutmix pula ialah http://www.shoutmix.com/main/signup.php. Setelah selesai membuat pendaftaran (register), copy tag HTML bagi shout box tersebut dan pastekan pada notepad terlebih dahulu. Edit saiz shout box tersebut supaya ianya muat apabila di letakkan pada column tepi blog anda.

Setelah selesai mengedit, copy tag HTML tersebut, login ke blog anda dan klik Dashboard => Layout => Add a Gadget (bahagian column tepi) => HTML/JavaScript . Pastekan tag HTML tersebut pada ruangan content dan letakkan title bagi shout box tersebut. Contohnya ruangan sembang atau ruangan borak dan sebagainya mengikut kreativiti anda. Setelah selesai, klik save.

Drag n drop widget shout box tersebut pada bahagian mana yang anda fikir sesuai untuk di letak pada layout anda.

Membina link (pautan)


Salah satu bahagian yang terpenting di dalam blog adalah link (pautan) . Kebiasaannya bahagian link diletakkan pada sebelah tepi column. Untuk membina link, cara yang paling mudah ialah dengan klik pada Dashboard=> Layout=> Add a Gadget. Seterusnya klik pada Link List (rujuk gambar di bawah)


Seterusnya isikan tajuk pada ruangan Title . Contohnya seperti Rakan Blogger . Isikan jumlah link yang ingin anda masukkan pada ruangan Number of links to show in list. Kebiasaannya, ruangan tersebut di biarkan kosong. Kemudian pilih cara susunan bagi link sama ada bermula dari A-Z ataupun dari Z-A pada ruangan Sorting. Isikan URL pada ruangan New Site URL. Sebagai contoh, http://maribinablog.blogspot.com dan nama URL tersebut. Contohnya seperti Mari Bina Blog. Setelah selesai untuk satu link, klik ADD LINK. Jika anda ingin menambahkan lagi link, ulangi langkah di atas. Akhir sekali, klik SAVE.

Blog Archive