Semalam, tanggal 2 Nov ummi menjalani rutin biasa semula sebagai seorang isteri dan ibu yang berkerjaya. Dulu Anis di nurseri PPBA. Kini Ammar dan Anis kedua-duanya berada di nurseri yang sama. Hari pertama Ammar di nurseri, nampak ketidakselesaannya yang dah biasa di rumah dengan ummi. (ni yg buat ummi setuju agar cuti bersalin diberi 90 hari.. sian baby..).
Alhamdulillah ummi memang memilih nurseri yang berdekatan dgn tempat kerja. Supaya ummi mudah ke sana untuk menyusukan dulunya Anis, kini Ammar. Namun setelah pengalaman Anis (nnt akan kongsi pengalaman selepas melahirkan) ummi kini lebih bersedia dgn perancangan penyusuan untuk Ammar agar Ammar dpt teurs menyusu susu ummi tanpa mencampurkannya dgn susu formula.
Alhamdulillah hari pertama berkerja dgn AVENT breast pump ummi telah menambah stok susu Ammar sebyk 8oz hanya dgn sekali perah sahaja! Seronoknya ummi.. Ummi berjaya susukan Anis 1 tahun 1 bulan tanpa mencampurkannya dgn susu lain. Jadi untuk Ammar ummi berazam utk menyusukan 2 tahun tanpa mencampurkannya dgn susu formula.. untuk itu ummi akan invest membeli breast pump yang lebih baik, mudah utk di bawa ke mana-mana (isssyyyy.. ummi weekend selalu sibuk... ada pgrm) jadi mudahkan ummi memerah susu dan menyimpannya dlm beg khas. Mudah-mudahan dpt seblm weekend nie.. Ummi yakin investment ummi berbaloi-baloi demi tanggungjawab menyusukan anak-anak ummi..
Alhamdulillah hari ini Ammar telah mendapatkan imunisasi pertama dan berat badan Ammar mencecah 5.6kg.. Kakak Anis baru 9 kg..
Semoga anak-anak ummi sihat, ummi sihat dan semoga Allah terus memberi kekuatan kepada ummi menjadi ibu yang baik buat Anis dan Ammar ya.. ameen..
Tuesday, November 3, 2009
Tamat sudah berenak-enak di rumah..
Posted by
UmmuAnis
at
Tuesday, November 03, 2009
2
comments
Labels: Ummi
Saturday, October 31, 2009
Persediaan ketika hamil - bhgn 2 samb
1. Persediaan Ke Hospital. Mengetahui dan menyedari tanda-tanda untuk melahirkan sangat penting. Dengan itu mudah kita segera ke hospital apabila tanda melahirkan telah wujud. Tambahan bagi yg telah merancang bersalin di hospital yang jauh dari kediaman. Sewaktu melahirkan Ammar, ummi ke hospital jam 4.30 pagi selepas baba siap bersahur. Sesampai di Annur dan setelah diperiksa oleh bidan, ummi dinasihatkan tinggal di wad sehingga bersalin. 3 hari ummi di hospital dan meninggalkan Anis di rumah. Mujur persiapan dengan pembantu di rumah telah disediakan. Oleh itu ummi menghadapi kesakitan dan saat-saat melahirkan dengan tenang. Pun begitu ingatan terhadap Anis di rumah tidah pernah lenyap ketika berada di Wad. Sebelum ke hospital persediaan kelengkapan ibu dan bayi telah siap sedia dalam beg sejak awal lagi. Majalah pa&ma memang memberikan panduan berguna untuk bakal ibu. Jangkakanlah kita akan tinggal 2-3 hari di hospital. Oleh itu kita akan tinggal dengan selesa dengan kelengkapan yang sempurna. Bagi Annur, segala kemudahan bagi ibu dan bayi disediakan. Ummi cuma perlu sediakan baju ummi dan bayi ketika pulang. Jadi tak perlu bawa pakaian banyak utk I bu dan juga bayi kita. Dan jangan lupa penuhkan HP dengan credit, bawa charger HP dan jangan sekali-kali lupa camera kerana ia penting untuk tidak terlepas merakamkan saat-saat awal menyambut kelahiran orang baru. Mujur ketika lahirkan Anis Pak Cik Zaid Kamaruddin datang ziarah dan mengambil gambar Anis. Untuk Ammar, aha ummi telah siapkan camera sendiri.
2. Pengetahuan dan keazaman menyusukan bayi. Ini sangat penting kerana pengalaman ummi, ramai yang mengalami kegagalan menyusukan bayi secara eksklusif sejurus selepas kelahiran kerana kurangnya maklumat dan ilmu pengetahuan. Ramai yang beralasan susu tak keluar dan juga pembedahan juga sebagai alasan sukar menyusukan bayi. Alhamdulillah, walaupun dibedah sejurus selepas pembedahan Anis telah dpt ummi susukan sebaik keluar dari bilik pembedahan. Ummi tekad walau sukar dan susah, walau dikatakan Anis kurang susu, ummi teruska susukan Anis. Begitu juga Ammar. Sebenarnya pada hari-hari awal kelahiran susu kelihatan seperti sedikit kerana itu adalah kolustrum. Itulah saat yang penting. Pada hari-hari awal kelahiran bayi perlu terus disusukan tanpa putus asa kerana lagi kerap kita susukan bayi, payu dara akan distimulasikan dan akan mengeluarkan lebih banyak susu. Jangan terjebak dengan alasan kita tiada susu. Itu hanya sekadar alasan. Jadi sediakan maklumat dan ilmu menyusukan dan pelajari teknik penyusuan jika ada peluang dan pergilah ke kelas persediakan melahirkan yang dianjurkan di hospital pilihan anda untuk bersalin. Annur menyediakan kelas menghadapi kelahiran secara percuma. Ia sangat berbaloi untuk kita dan untuk suami. Baba Anis pun pergi untuk bagi sokongan kepada ummi.
3. Persediaan mental dan rohani. Sediakan persiapan jiwa dan minda dalam menghadapi kehamilan. Jangkakanlah perkara-perkara di luar jangkaan. Teringat pula ummi pesanan senior ummi ketika ummi mengikuti misi kemanusiaan membanta mangsa tsunami di Aceh tahun 2005. Dan hadapilah apa jua situasi dengan sabar dan tenang. Berbaik sangkalah dengan Allah. Dan jangan lupa perbanyakkan doa dan bacalah alquran sehingga tamat khusus untuk bayi di dalam kandungan kita. Alhamdulillah, Ammar telah dapat bacaan 30 juzuk dari ummi ketika dalam kandungan.. Anis ummi sempat 28++ juzuk je.. maaf ya sayang. Dengan persedian jiwa yang tenang, hati yang lapang, kita akan menghadapi hari-hari terutama sewaktu melahirkan dan selepas melahirkan dengan hati yang gembira dan bahagia walaupun terkadang ada unsur-unsur yang datang dan cuba mengganggu jiwa kita..
4. Kenali tanda melahirkan dan bertindaklah segera. Terutama bagi yang memilih hospital bersalin yang jauh dari tempat tinggal. Kita tinggal di Gombak. Annur pula di Bangi. Perjalanan memakan masa 1 jam. Alhamdulillah malam 7 Ramadan ummi merasa sakit jam 12 tengah malam. Jam 3 pagi ummi rasa perlu bagi tahu baba dan jam 4.30pg bergerak ke Bangi. Ummi dlm wad lebih 3 hari.. mujur ada kakak di rumah melihat Anis. Jadi ummi menghadapi saat-saat melahirkan dengan tenang di Annur. Alhamdulillah tanggal 2.37 petang, adik Anis iaitu Ammar mujahid dilahirkan secara normal! Syukur sungguh ummi. Bagi ummi, peranan Dr Fatimah yang memberikan khidmat nasihat dan saranan yang baik disertai sudah tentunya pertolongan Allah, ummi melahirkan Ammar dengan selamat dan melalui kaedah normal. Terima kasih doktor. Terima kasih...
nanti ummi sambung lagi...
Posted by
UmmuAnis
at
Saturday, October 31, 2009
0
comments
Labels: Ummi
Wednesday, October 21, 2009
Persedian ketika hamil - bhgn 2
1. Persediaan kewangan. Persediaan ini penting terutama bagi yang ingin mendapatkan perkhidmatan di klinik atau hospital swasta. Sekurang-kurangnya RM5000 perlu disediakan untuk bersalin sahaja. Ini kerana bersalin secara pembedahan menyebabkan kos meningkat sehingga RM5000++. Ini baru proses kelahiran. Kemudian perlu memasukkan kos berurut selepas bersalin dan juga jamu-jamu kesihatan – set bersalin bagi para wanita yang mementingkan kesihatan dan kecantikan luaran dan dalaman. Dalam keadaan-keadaan tertentu, ada yang perlukan pembantu ketika dalam pantang. Maka ada tambahan kos lagi. Pembantu ini akan memastikan kita dpt rehat sewajarnya. Jika dihitung-hitung, sekitar RM7000 juga perlu disediakan bagi menghadapi saat-saat sebelum dan selepas kelahiran. Ada yang tak kisah membayar lebih demi keselamatan dan ketenangan melalui proses-proses antara hidup dan mati ini..
2. Menyediakan pembantu. Sekiranya kita merancang untuk berpantang di rumah sendiri, carilah pembantu agar kita dapat menjaga kesihatan selepas melahirkan dengan baik. Agar juga kita cepat pulih dan bertenaga selepas proses melahirkan. Sebolehnya, tak perlu susahkan ibu di kampung untuk menjaga kita. Apatah lagi jika ibu kita uzur ataupun ibu kita sibuk dengan aktiviti harian. Apatah lagi dalam melahirkan anak kedua. Kehadiran pembantu sangat-sangat membantu kita menghadapi tempoh berpantang dengan tenang. Terima kasih kepada pembantu ummi dan sahabat yang menguruskan ummi untuk mendapat pembantu tersebut. Moga Allah menganjari anda. Buat pembantu ummi pula, ummi sangat-sangat berterima kasih kepadanya kerana melayani Anis dan menguruskan keperluan ummi dan rumah dalam saat-saat kita menempuhi ibadah puasa di bulan ramadan.. inilah pertolongan Allah buat ummi dan kita semua.
3. Persediaan Bayi. Bagi kelahiran pertama, banyak persediaan yang diperlukan. Pakaian, lampin, katil bayi, ubat-ubatan dan sebagainya. Namun setelah melahirkan anak kedua, tidak byk persediaan yang diperlukan. Cuma ummi akan memastikan semua baju dan keperluan bayi dibersihkan dan letakkan dalam bekas dan di tempat sepatutnya. Kali ni ummi cuma menambah satu benda penting iaitu tempat tukar lampin bayi. Doktor nasihatkan semua aktiviti mengurusan anak di atas meja agar luka pembedahan dpt dijaga dengan baik. Pengalaman dibedah semasa melahirkan Anis sgt memberi pengajaran kepada ummi. Ini kerana ummi berdikari dalam berpantang. Tinggal dirumah kita sendiri. Oleh itu kelengkapan pengurusan selepas melahirkan sangat penting. Bila lahir anak kedua.. segalanya akan jadi mudah walaupun menjaga diri sendiri dalam pantang. Oh ya. Ummi juga berterima kasih kepada Kak Shikin yang perkenalkan ummi laman web barang2 terpakai keperluan bayi. Jadi ummi dpt membeli sebuah rocker berjenama dgn harga yang sgt murah.Masih cantik lagi pula tu. Rocker tersebut memang sangat memudahkan ummi menguruskan Ammar di rumah dan luar rumah. Kebetulan ia pula muat diletakkan dlm stroller kakak. Wah mudah sungguh ummi membawa Ammar ke program atau shopping J.
Bersambung
Posted by
UmmuAnis
at
Wednesday, October 21, 2009
2
comments
Labels: Ummi
Tuesday, October 20, 2009
Melahirkan dengan tenang? Langkah Ke 2
Langkah Kedua : Ketika Hamil
1. Kenal pasti hospital atau klinik yang akan kita bulan pemeriksaan bulanan terhadap kandungan kita. Sama ada klinik/hospital swasta atau kerajaan.
2. Mendapatkan doktor kita sukai, selesa dan percayai. Kalau kita dah kenal lagi baik. Jadi mudahlah kita berinteraksi, berkongsi masalah dan mendapatkan panduan sebaik-baiknya terhadap kandungan kita. Kedua-dua tips ini ummi perolehi daripada majalah pa&ma. Terima kasih team pa&ma. Alhamdulillah untuk Anis dan Ammar Dr Fauziah Hasan di APSH menjadi tempat ummi mendapatkan rawatan dan khidmat nasihat. Kebetulan ummi mengenali beliau ketika di Bangi. Jadi bila pindah ke Gombak, ummi mmg merujuk beliau sejak kandungan pertama. Ummi ni mudah keguguran. Anis adalah kandungan ummi yang kedua manakala Ammar adalah kandungan ummi yang kelima. Jadi khidmat kepakaran beliau dlm perbidanan dan sakit puan sangat-sangat membantu ummi.
3. Merancang tempat melahirkan. Pilihlah mana-mana institusi perubatan tempat kita bakal melahirkan. Kenal pasti dengan baik kemudahan yang disediakan dan harga yang ditawarkan bagi yang swasta. Ada yang sanggup bersalin jauh daripada tempat kediaman semata-mata untuk mendapatkan keselesaan dalam melahirkan. Alhamdulillah Anis dan Ammar kedua-duanya bersalin di Hospital Pakar An-Nur Bangi. Anis lahir secara pembedahan oleh Dr Fauziah Hasan sendiri, manakala Ammar dibidankan oleh Dr Fatimah. Oleh kerana ummi yakin dan selesa dengan perkhidmatan yang diberikan, maka disaat-saat akhir melahirkan ummi telah membuat pilihan untuk bersalin di Annur. Pilihan ummi bagi ummi tepat. Kerana sebelum dan selepas melahirkan ummi sgt tenang di sana di samping Dr Fatimah yang juga ummi kenali yang sentiasa memberikan khidmat nasihat dan perawatan yang terbaik buat pesakit. Nanti ummi akan tulis khusus tentang khidmat rawatan Annur yang sangat bagus.
Hospital PakarAnnur - Single Bad - sgt selesa. Stafnya pula sgt baik, peramah, berwajah manis dan sgt membantu pesakit ketika diperlukan.

Dr Fatimah yg friendly dan baby Ammar Mujahid
Posted by
UmmuAnis
at
Tuesday, October 20, 2009
3
comments
Monday, October 19, 2009
Langkah Pertama : Merancang Kehamilan
- Kehamilan tersebut memang dikehendaki. SANGAT PENTING!
- Menentukan jarak antara anak yang pertama dan kedua agar bersesuaian dengan kemampuan kita mengendalikannya. Ia juga mengambil kira kebajikan anak sebelumnya agar tidak terabai disaat kita menguruskan bayi baru kita.
- Merancangan kesesuaian waktu melahirkan dengan kerjaya kita. Bagi ummi ini penting kerana melahirkan dalam waktu-waktu tiada program-program besar yang berkaitan langsung dengan ummi. Ini supaya ummi dapat mengelakkan tekanan kerjaya yang mana membuatkan ummi rasa bersalah terhadap sahabat seperjuangan ummi dan juga majikan ummi.
Kehamilan yang tidak dirancang akan memberikan tekanan kepada kita dan bayi. Apatalah lagi kehamilan yang memang tidak dikehendaki berlaku. Jadi rancanglah kehidupan kita. Rancanglah kehamilan dengan sebaik-baiknya terutama untuk anak kedua.
bersambung..
Posted by
UmmuAnis
at
Monday, October 19, 2009
1 comments
Labels: Ummi
Beli Online barang keperluan baby - Murah dan berbaloi. Tak perlu berbelanja lebih beli brand new
-
Chicco Farmyard Animal Sound - Press any of the animal shaped (pig, cow, duck, horse, dog, etc) colourful buttons to hear the sound of that animal. Your baby can play with it sitting st...1 hour ago
-
-
Nania Car Seat - -used,condition 9/10 -fully recline and suitable for infant to children -Washable cover set -Easy to assemble follow instruction given Selling price Rm350...20 hours ago
-
-
-
Peg Perego Prima Pappa highchair - *Attention !!!* *~ I'm on holiday ~* ~ Do click *' Available '* fr more ~ *Pls take note :* *Items will only shipped on Monday & Friday fr dis whole school h...1 day ago
-
NEXT UPDATE !!! - Salam n Hi to all my visitor , For your attention, bondabranded will update the next stock on *14/15 Dec* So please wait.... Thnks for all support to *BOND...1 day ago
-
BLOG CUTI- FROM 09/12/09 UNTIL 12/12/09 - JUST TO INFORM ALL MEMBERS, OUR BLOG WILL BE TAKING A SHORT BREAK THIS WEEK. MORE ITEM WILL BE UPLOADED WHEN WE'RE BACK. LAST DELIVERY OF THE WEEK WILL BE ...2 days ago
-
80% NEW Fisher PriceLink-A-Doos Infant to Toddler Rocker - Brand : Fisher Price Condition : 80% NEW ~ All in good condition except no more hanging bar toy. Vibration working pefectly. Seat color still in good condi...4 days ago
-
LeapFrog Alphabet Pal® Caterpillar - RM55**Sold Including postage for peninsular Product Description Alphabet Pal from LeapFrog has a silly giggle, flashing antennae and a funny walk that a...4 days ago
-
Lucky Baby Capela Lite Weight Stroller - [image: so] Features : ~ PRELOVED IN good condition ~ Function exactly same as Combi Japan Stroller ~ Compact & lightweight. ~ Quick and simple tri-fol...1 week ago
-
my other project - Dear all, im having another project - especially for mummy wif dat cute bumps! Be my followers and let me know what you think. Your comments are really neede...2 weeks ago
-
My first leappad Blue with 3 books - Excellent used condition and the books have no flaws. COndition 9/10 All fully working order.Had been tested. The Demo will be upload today at 12pm. (my celc...4 weeks ago
Arkib Karya
-
▼
2009
(105)
-
►
July
(18)
- MANSUH! MANSUH! MANSUH ISA!!!
- Koleksi Tudung Si Kecil di SHAMENSi
- Sahabatku kini sedang diuji...
- Intai Kami Antara Nampak..
- Klip Video Anis Sambut Besday
- Selamat Ulang Tahun Kelahiran Sayang
- Makan bukan sebarang makan
- Saat Ini Ummi Kerinduan
- Perkongsian Fail di blog
- Anis dan Kucing
- Tempat StrategiK Anis Dalam Kereta
- Peristiwa Urumqi Jejaskan Imej China
- BN kalah bergaya PR perlu waspada
- Himpunan Mansuh 1 Ogos 2009
- Puisi Gaza Berdarah
- Di Mana Anis Hujung Minggu Lepas?
- Suara Si Kecil Anis
- Suppliment Untuk Ibu Hamil
-
►
July
(18)
Kandungan
- Adik (4)
- Aktiviti (37)
- Aktiviti-IIC (3)
- Ammar (5)
- Anis (49)
- Baba (14)
- Famili (16)
- Famili Ummi (5)
- Isu Semasa (13)
- Jalan-Jalan (6)
- Pejabat (4)
- Rumahku Syurgaku (9)
- Sahabat (10)
- tazkirah (23)
- Ummi (38)







